Proses Pembuatan Dan Penukaran Kiswah (Kelambu Kaabah) 9 Zulhijjah
Proses Pembuatan Dan Penukaran Kiswah (Kelambu Kaabah) 9 Zulhijjah
TONTON IBADAH HAJI LIVE DARI MAKKAH
Setiap tahun semasa musim haji, kain penutup Kaabah (Kiswah) akan selalu diganti. Pada hari Isnin, Sheikh Abdulrahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram di Makkah, menyerahkan Kiswah kepada Abdul Qader al-Shaibi, juru kunci Kaabah, sesuai tradisi tahunan.Pada tahun 1927, Raja Saudi Abdul Aziz memerintahkan untuk mendirikan sebuah kilang yang didedikasikan untuk pengeluaran Kiswah di Makkah. Kilang ini telah menyaksikan siri pembangunan agar Kiswah mendapat bentuk dan kualiti yang terbaik. Penyulaman kain Kiswah ini memakan masa kira-kira 8.5 bulan. Kiswah mempunyai berat sekitar 670 kilogram dan terbuat dari sutera murniwarna hitam dan disalut dengan kain kapas putih. Kain tersebut akan dipasang sehari sebelum Idul Adha, pada 9 Dzulhijjah. Berikut adalah foto proses penyulaman kain kabah yang disulam dengan benang emas.
RM20j untuk hasil kiswah
Makkah: Lebih 200 pekerja bertungkus-lumus selama lapan bulan lalu di sebuah kilang di Arab Saudi untuk menghasilkan kiswah atau kelambu kaabah yang bersulamkan benang emas.
Kiswah itu yang dihasilkan di kilang yang terletak di pinggir Makkah, menggantikan kiswah lama pada permulaan musim haji tahun ini yang ditetapkan bermula hari ini.
Masyarakat Islam mengaitkan Kaabah dengan Nabi Ibrahim (AS) yang dianggap oleh mereka sebagai pengasas kepada penyembahan Tuhan yang Esa yang ajaran-Nya semakin pudar sehinggalah kepada kedatangan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) pada abad ketujuh Masihi.
Menyulam ayat suci al-Quran dengan benang emas pada kain sutera adalah kemahiran turun-temurun, dari satu generasi ke generasi berikutnya, kata ketua Jabatan Penyediaan Kiswah, Hassanian al-Sharif.
Menyulam ayat suci al-Quran dengan benang emas pada kain sutera adalah kemahiran turun-temurun, dari satu generasi ke generasi berikutnya, kata ketua Jabatan Penyediaan Kiswah, Hassanian al-Sharif.
Dia bekerja di kilang berkenaan sejak 37 tahun lalu.
“Tidak ada siapa di luar sana yang mengetahui untuk menyulam kiswah ini. Pekerja baru akan menjalani latihan tiga bulan, dibimbing oleh kakitangan lama, sebelum mereka dapat bekerja di sini,” katanya.
Pihak berkuasa menyediakan AS$6 juta (RM20 juta) setiap tahun untuk menghasilkan kiswah baru.
Kiswah lama biasanya dipotong kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada orang kenamaan atau pertubuhan Islam.
Bagi yang menerimanya, mereka terasa begitu beruntung dan bernasib baik.
Hampir semua 210 pekerja di kilang itu berasal dari segala pelusuk Makkah dan kebanyakannya akan bekerja sepanjang hidup.
Sebelum kilang itu dibuka pada 1927, 47 keping kain yang dicantumkan menjadi kiswah dibuat di Mesir sementara bahannya didatangkan dari Sudan, India, Mesir dan Iraq.
Hari ini, kelambu sebesar 658 meter itu dan seberat 670 kilogram dibuat daripada kain sutera berkualiti tinggi yang diimport dari Itali dan Switzerland, kata Mohammed bin Abdullah Bajuda, pengurus kilang berkenaan.
“Sutera itu dicelup warna hitam dan diperah sendiri bagi menghasilkan bahan itu sebelum ia disulam dengan 120 kilogram benang emas dan perak asli,” katanya.
Mesin untuk membantu menjadikan proses itu automatik diperkenalkan 25 tahun lalu, kata Ketua Jabatan Bahan, Salman al-Loukmani.
“Sebelum ini, kami terpaksa menggunakan lebih ramai tenaga pekerja dan proses menggunakan tangan itu memakan masa yang amat lama.
“Kini kami memiliki beberapa mesin dari Switzerland untuk membantu kerja kami,” katanya.
Beberapa jemaah kadang kala mengambil kesempatan mengoyak kiswah ketika menunaikan haji, untuk dibawa pulang.
Proses Penukaran Kiswah Secara Live Sekarang- 1.00Pm waktu malaysia,9 zulhijjah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan