Pages

Rozita Che Wan Kongsi Tips Kekal Cantik Dan Awet Muda

Rozita Che Wan Kongsi Tips Kekal Cantik Dan Awet Muda 


Rozita Che Wan Kongsi Tips Kekal Cantik Dan Awet Muda 

UMUM tahu usia pelakon jelita, Rozita Che Wan sudah mencecah 40 tahun.

Namun, bagi yang tidak mengetahuinya pasti akan terkejut kerana wajah dan tubuhnya masih kelihatan seperti anak dara biarpun sudah mempunyai dua anak remaja.

Berkongsi rahsia kejelitaannya kepada Sinar Harian, Rozita menjelaskan bahawa cara penjagaan wajahnya sama seperti orang lain dan tidak mengambil suntikan seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti.

“Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rozita mengamalkan cucian muka dengan air sejuk setiap waktu pagi bermula dari zaman remaja lagi.

Ditanya mengenai tubuhnya yang langsing, beliau mengakui bahawa dirinya menitikberatkan tentang bentuk tubuhnya, namun tidak sehingga mengamalkan diet ketat.

“Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya,” jelasnya.

Rozita berkata, dia bukanlah seorang yang mengamalkan senaman, namun menggunakan ‘kaedah’ mengemas rumah dan mencuci bilik air sebagai pengganti.

Beliau yang akan mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya, Zain Saidin kini mula memperlahankan karier seninya buat sementara waktu bagi menumpukan kepada persiapan perkahwinan mereka.

1 ulasan: