Pages

Video: Penyokong Sarawak Mengamuk | Suku Akhir Piala Malaysia 2013

Video: Penyokong Sarawak Mengamuk | Suku Akhir Piala Malaysia 2013 


Video: Penyokong Sarawak Mengamuk | Suku Akhir Piala Malaysia 2013 
Kuching: Kekecohan tercetus di depan sebuah kedai peralatan sukan di Wisma Hopoh, di sini, semalam apabila lebih 1,000 penyokong skuad bola sepak Sarawak gagal membeli tiket perlawanan separuh akhir kedua menentang Sime Darby di Stadium Negeri, esok.
Difahamkan, seorang wanita pitam di tengah-tengah orang ramai yang berebut-rebut untuk membeli tiket yang dijual di ruang parkir bangunan berkenaan.


Penyokong setia Ngap Sayot mula beratur di depan kedai peralatan sukan yang diberikan hak menjual tiket itu sejak jam 7 pagi lagi bagi membeli tiket yang hanya dijual pada jam 12 tengah hari. 

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam menunggu, keadaan mula kecoh apabila pengurusan kedai sukan itu memaklumkan tiket habis dijual dan peminat hanya boleh mendapatkannya di Stadium Negeri selepas solat Jumaat, hari ini - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan