PTPTN Akan Dimansuhkan Pada 1 Februari 2014?
Pertama kali melihat pasti ada di antara kita terkejut dengan berita pemansuhan ini. Dalam menghadapi isu kenaikan barang, sudah tentu kewangan poket pelajar IPTA Dan IPTS semakin terbeban.
Namun janganlah percaya berita ini. Ini kerana berita pemansuhan PTPTN ini sebenarnya datang daripada surat Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M. HasbulJalil Bin Hassan. Lelaki ini sebenarnya pernah datang ke Istana Negara konon-kononnya mahu menawan istana berkenaan.
Surat yang diterbitkan pada 6 Jan 2014 itu menyatakan titah “Raja Nusantara” yang ingin meringankan beban perbelanjaan kehidupan umat(rakyat Malaysia) dengan memansuhkan PTPTN bermula pada 1 Februari 2014.
Walaupun tidak benar, surat ini pasi memberikan rasa “suspen” kepada para peminjam PTPTN.
Sekurang-kurangnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dapat memberikan rasa humor kepada anda semua!
Sumber- http://amekaw.com
Sekurang-kurangnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dapat memberikan rasa humor kepada anda semua!
Sumber- http://amekaw.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan