Home » , , , , , » Rozita Che Wan Seksi | Saya Malas Nak Ambil Tahu Teguran Dr Harlina

Rozita Che Wan Seksi | Saya Malas Nak Ambil Tahu Teguran Dr Harlina

Rozita Che Wan Seksi | Saya Malas Nak Ambil Tahu Teguran Dr Harlina



























Rozita Che Wan Seksi | Saya Malas Nak Ambil Tahu Teguran Dr Harlina



Sejek mengakui hubungan cintanya bersama aktor, Zain Saidin, aktres jelita ini dihujani pelbagai kontroversi.

Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut ‘dihentam’ kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu.
Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.

Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har.
Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan.

Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain.

“Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu.

“Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.

“Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!,” katanya dalam nada yang tegas.
Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan.
Lali kontroversi

Walaupun berhadapan pelbagai kontroversi, namun akui Che Ta, ia tidak menjejaskan hubungan cintanya bersama Zain.

Malah, Che Ta mengakui dirinya sudah lali dengan gosip seumpama itu dan enggan menjadikannya sebagai isu besar.

“Saya dah letih nak layan semua ni. Sebelum ni pun, ada juga kisah-kisah saya dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.

“Pun begitu, ia tidak mengganggu perjalanan hubungan kami. Insya-ALLAH, bila tiba masanya nanti, saya akan umum tarikh itu,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan bersama Zain.
Akui terkilan dengan situasi yang menimpa kekasihnya, Zain berkata, niatnya untuk mempamerkan tahap keseriusan hubungan mereka banyak disalah ertikan segelintir pihak.
Malah, kata Zain, dia tidak menyangka gambar seksi Rozita bersamanya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang kontroversi serta turut mencalarkan imej kekasih hatinya itu.

“Saya tak kisah apa pandangan orang mengenainya kerana Rozita yang saya kenal memang macam tu. Itulah Rozita.

“Dia memang seksi dari dulu lagi dan saya tak pasti semua orang tahu mengenai perkara itu atau tidak.

“Saya tahu, ada segelintir pihak tidak suka kami bersama. Namun siapa saya untuk menolak ketentuan jika jodoh saya bersama dia?,” kata Zain yang turut mengakui bakal membuat persiapan kahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti.*

Source

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus la klau dh rse diri bagus sgt , mmg elok sgt la tu .. Pakwe makwe sme je , snggup ketepikan amanah Allah smpai org tegur utk kebaikan sendiri pun dah tak nak amik peduli .. Agaknye dia tak tau kot hukuman neraka tu macam mne rpenye .. Semoga sme2 diberi hidayah .. Tuhan takkan menggubah seseorg tu klau dia sendiri tak ubah dirinye .

Tanpa Nama berkata...

Pasal jodoh pndai plak sembg .. Mcm mne plak gn ajal ditgn Tuhan ?..

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink