Pages

Senjata buatan Malaysia jadi pilihan Antarabangsa


Senjata buatan Malaysia jadi pilihan Antarabangsa















Senjata buatan Malaysia jadi pilihan Antarabangsa



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melihat replika helikopter AW109LUH milik Agusta Westland Malaysia ketika mengunjungi pameran DSA 2012, semalam.

KUALA LUMPUR: Beberapa negara ASEAN sudah menyatakan minat membeli senjata tempur keluaran syarikat tempatan, National Aerospace & Defence Industries (NADI), termasuk raifal Colt M4 Carbine pada hari pertama Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-13 (DSA 2012), semalam. 

Raifal Colt M4 Carbine yang dihasilkan menggunakan komponen tempatan selain pemasangan dilakukan di negara ini adalah senjata tempur teknologi Amerika Syarikat (AS) yang kini menjadi raifal tempur standard untuk Tentera Darat Malaysia menggantikan Steyr AUG A1. 

Pengarah Eksekutif NADI, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin, berkata DSA kali ini memberi ruang bagi syarikat itu memasarkan senjata tempurnya di kalangan negara ASEAN, menerusi pertemuan dan perbincangan dengan wakil angkatan tentera negara berkenaan. 


“Pada hari pertama DSA sudah ada wakil pasukan tentera negara ASEAN bertanya kemungkinan menjalinkan kerjasama bagi membekalkan senjata dan peluru, kita akan membuat susulan,” katanya di sini, semalam. 

Mohd Shahrom berkata, raifal Colt M4 Carbine menjadi pilihan ATM dan beberapa negara di rantau ini kerana ia lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri inovatif dan mudah digunakan selain terbukti tahan lasak dalam pertempuran di Afghanistan dan Iraq. 

“Sehingga kini, kita sudah membekalkan 35,000 senjata itu kepada ATM,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan