Shila Amzah Di Fitnah Kutuk Milo 1 Malaysia tak Sedap
Shila Amzah Di Fitnah Kutuk Milo 1 Malaysia tak Sedap
Inilah harga yang perlu dibayar apabila anda menjadi seorang selebriti lebih-lebih lagi bila pilihanraya semakin dekat. Kesian kat Shila Amzah yang gambar minum Milo kotak pun telah dipolitikkan di dalam sebuah blog. Antara petikan tulisan di dalam blog tersebut ialah:
Pergh!!!! Rupa-rupa penyanyi Shila Amzah anak gadis N.D Lala dalam senyap-senyap kutuk kaw-kaw produk ada tempelan dan jenama 1M’sia. Kutukan itu secara tidak langsung memperlekeh dan pandang rendah slogan 1M’sia yang menjadi teriakkan dan kemegahan Najib Razak. N.D Lala diketahui umum sebagai penyokong tegar UMNO tapi anak gadisnya pula dilihat semacam tidak berkenan dengan UMNO. Petanda buruk untuk masa depan UMNO dan petanda baik untuk Pakatan Rakyat. Jika diambil kisah ini sebagai kayu ukur sokongan anak-anak muda, sudah jelas majoriti dari mereka menyokong padu Pakatan Rakyat. Tidak boleh dinafikan.Seperti yang anda baca di atas, Shila Amzah telah memaklumkan yang perkara tersebut adalah fitnah semata-mata. Nampak jelas memang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Tak sangka gambar minum Milo pun boleh dijadikan sumber. Nampaknya artis kalau nak minum air suam pun kena berhati-hati selepas ini.milo.html#sthash.QVk6VcIv.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan