Pages

Zizan Rancang Kahwin TAhun Depan,2014

Zizan Rancang Kahwin TAhun Depan,2014





















Zizan Rancang Kahwin TAhun Depan,2014



Pelakon, pelawak dan pengacara Melodi, Zizan Razak bakal menjengah ke usia 29 tahun pada 15 April ini dan pastinya anatara soalan yang sering ingin diketahui peminatnya adalah bilakah agaknya Zizan akan menamatkan zaman bujang.
Jika sebelum ini Zizan pernah digosipkan dengan Juliana Evans dan Nora Danish, tetapi semua itu tidak bertahan lama.
Melalui Kosmo!, hari ini, Zizan memaklumkan ingin menamatkan zaman bujang pada tahun depan apabila usianya sudah menjangkau 30 tahun.
Tetapi sehingga kini dia masih belum berjumpa dengan gadis sesuai untuk dijadikan teman hidup.
Ditanya apakah kreteria yang dia ingin pada calon isterinya, Zizan ada jawapannya.
“Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.
“Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya kepada ibunya, Anai Ibrahim mengenai calon isteri Zizan, ibunya berkata dia tidak kisah dengan sesiapa pun pilihan Zizan.
“Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin.
“Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu,” kata Anai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan