Home » , , , , , , , , , , , » Honda Accord Tak Jadi, Model Penggantian Perdana (PRM) Bakal Digunakan Sebagai Kereta Rasmi Menteri

Honda Accord Tak Jadi, Model Penggantian Perdana (PRM) Bakal Digunakan Sebagai Kereta Rasmi Menteri

Honda Accord Tak Jadi, Model Penggantian Perdana (PRM) Bakal Digunakan Sebagai Kereta Rasmi Menteri



Honda Accord Tak Jadi, Model Penggantian Perdana (PRM) Bakal Digunakan Sebagai Kereta Rasmi Menteri



PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan telah memilih Model Penggantian Perdana (PRM), mengubah rancangan awal untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif dengan Honda Accord.

Menurut sumber, Proton telah diberikan lampu hijau untuk meneruskan rancangan pembinaan model PRM, yang dijangka diumumkan pada Disember.

Difahamkan PRM akan dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton akan melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer.

Bagaimanapun, sumber-sumber berkata Proton mempunyai rancangan lain dengan Fasa 2 yang melibatkan perubahan yang berlainan terhadap penampilan dan enjin yang akan dilancarkan pada tahun 2015.

Honda Accord baharu berharga dari RM139,000 ke atas dan PRM yang baharu dijangka berharga lebih kurang sama.
Awal tahun ini, kerajaan dikatakan telah memilih Honda Accord memandangkan Proton tidak dapat menawarkan PRM mengikut masanya untuk menggantikan model Perdana yang sudah lama.

Kerajaan dikatakan telah membuat tempahan awal 350 unit Honda Accord.

Dua minggu lalu, pengurusan Proton iaitu Pengerusi Eksekutif Tan Sri Mohd Khamil Jamil dikatakan berjaya memujuk kerajaan untuk meneruskan rancangan PRM.

Pemerhati industri berkata Proton akan hilang kepercayaan dari segi jenamanya jika kerajaan memilih Honda sebagai kereta rasmi yang digunakan untuk pelbagai acara berprofil tinggi.

Menurut sumber itu, PRM mungkin tidak membawa untung besar kepada Proton tetapi ia boleh membina pengiktirafan jenama jika dilaksanakan dengan baik, kerana ia akan menjadi model paling atas dalam pembuat kereta nasional.

Proton Perdana telah dilancarkan pada tahun 1999.

Proton masih belum menjawab pertanyaan daripada 'The Star' sehingga kini.


Untuk Pengesahan Lanjut = http://www.treasury.gov.my/pekeliling/sap/sap2013-07-29.pdf




0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink