Pages

Apple Akan Keluarkan iPhone 5 Tak Lama Lagi


Syarikat Apple iaitu pembuat Apple iPhone,ipad,IPod dijangka akan melancarkan model iPhone 5 tak lama lagi.Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.

“Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.


Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.

jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.

AZIZULHAKIM: Bila keluar dimalaysia? mungkin lebih ramai sambutannya...nasib baik tak beli lagi Apple iPhone 4s..terus tunggu Apple iPhone 5 lah jawabnya..huhu



11 Premis Perjudian Roulette dan elektronik Diserbu, 35 Ditahan




NIBONG TEBAL – Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) menyerbu 11 premis perjudian Internet dan menahan 35 lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun dalam operasi khas semalam bagi membanteras aktiviti tidak sihat itu.

Ketua Polis Daerah SPS, Supt Shafien Mamat berkata, dalam operasi bermula pukul 3 petang hingga 9 malam itu, 12 daripada lelaki yang ditahan merupakan penjaga premis dan lainnya pemain judi.

Polis turut merampas 130 buah komputer bernilai RM260,000 yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata, polis turut menghadapi kesukaran sepanjang operasi berkenaan kerana setiap premis terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), manakala sistem komputer dimatikan menggunakan alat kawalan jauh.

“Bagaimanapun usaha mereka itu gagal kerana polis berjaya mengesan taktik itu,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan positif dadah jenis heroin. – BERNAMA

klik=sini

Anugerah Juara Lagu Ke-26 2012 Milik Awan Nano Nyanyian Hafiz



Debaran Anugerah Juara Lagu AJL-26 telahpn selesai dengan persembahan 12 finalis yang hebat-hebat belaka,kali ini penemang Anugerah Juara Lagu Ke-26 dimiliki oleh Hafiz dengan Lagu Bertajuk Awan Nano,Hafiz Juga telah merangkul anugerah Vokal Terbaik dalam persembahan Anugerah JUara LAgu Ke-26.

Naib Johan Anugerah Juara Lagu AJL ke-26 dimiliki oleh Gamdingan 3 suara,Shila Amzah,Jaclyn Victor dan Ning Baizura Dengan Lagu Beribu Sesalan,Tempat ketiga dimiliki oleh Faizal Tahir dengan lagu berjudul Karma..

Anugerah Persembahan terbaik dimiliki oleh Alyah yang membawa lagu kisah hati..

Hafiz yang tampil persembahan paling santai dan jimat,Hanya memakai seluar tracksuit dan kemeja t-shirt sahaja,,bajet pun tak besar seperti artis-artis lain..



Video Best #9:Flashmob Terbaik Dari Malaysia, Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA

mungkin ramai yang dah tengok kot video flashmob Malaysia Airlines ni?
Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA

apa itu flashmob?
Flash mob (atau flashmob)] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai

jom kita tengok video best ni..klik=sini

amacam best tak??




Founder MegaUpload Kim DotCom Orang Terhebat di Modern Warfare 3?



Tertangkapnya Kim Dotcom, Founder laman Megaupload ditangan FBI menjadikan sebuah kesempatan tersendiri bagi pemain Modern Warfare 3 versi Xbox. Kini saatnya merebut posisi teratas yang sebelumnya pernah diraih oleh kim dotcom.

Kim Dotcom tidak hanya pandai dalam hal mencari wang berbillion di internet, ia juga seorang genius dalam hal lawan-lawannya di game FPS popular keluaran Activision, Call of Duty: Modern Warfare 3, versi Xbox.

Dalam sebuah video yang disebarkan di penghujung akhir tahun 2011, Kim Dotcom aka MEGARACER menunjukan posisinya sebagai yang nombor satu di tangga pemain MW3 terhebat.




Entah video ini asli atau palsu, kenyataannya video tersebut di-upload langsung oleh akaun YouTube milik Kim Dotcom sendiri.


sebahagian dari kereta milik Kim dotcom yang ditarik FBI

Kenyataan lainnya yang perlu kita tahu, adalah kenyataan bahwa Modern Warfare 3 merupakan game ke-dua yang paling banyak muat turun oleh para pemain di seluruh dunia pada tahun 2011. Berada di posisi ke-dua setelah game Of The Year, Crysis 2.

laman file sharing Megaupload telah memberi 42 juta dollar setiap tahunnya kepada Kim Dotcom. Bisnes tersebut terpaksa ditutup ketika Kim bersama sejumlah rakan niaganya mendapat tiket bermalam di hotel prodeo oleh FBI kerana laman megaupload mereka dituduh telah banyak melakukan pelanggaran hukum, terutama yang berkaitan dengan konten ilegal.



Jatuhnya Megaupload membuat beberapa situs file sharing lainnya seperti FileServe dan Filesonic mencabut fungsi file sharing dari situs mereka.

klik=Sini

Sekumpulan Gajah Berkabung atas kematian Anak Gajah akibat serangan Jantung


Jerman : Seekor anak gajah berusia Tiga bulan bernama Lola mempunyai kecacatan jantung, pada hari Sabtu lalu dia menjalani pembedahan yang menggemparkan. Tetapi dia meninggal dunia semasa imbasan CT sewaktu operasi.

Mayatnya dikembalikan kepada Hellabrunn Zoo di Munich, Jerman jadi ibu Panang dan lain gajah boleh mengatakan selamat tinggal terakhir untuk anak gajah tersebut...


Azizul Hakim
: jika gajah begitu sayangkan anggota keluarga mereka kenapa manusia ada juga yang tak sayangkan keluarga...

klik=Sini

Gambar Best #26: Ini dia Kasut Crocs Sebenar




Jika dahulunya trend memakai kasut Crocs memang menggila dalam kalangan golongan muda mahupun kanak-kanak,malah orang tua pun ada yang memakainya,..

ini dia kasut crocs yang sebenar dikeluarkan..jom kita tengok..



amacam stylo tak...sekali sepak orang berdarah perut..komfem lepasni tak ada siapa lagi yang tersepit dekat tangga eskalator

klik-sini!

Cara Jual Baucar Pelajar 1malaysia RM200




semua dah ambil baucer bantuan 1Malaysia ke belum?Pernah dengar tak tentang Menjual Boucer Rm200 ni,..Bagaimana untuk menjualnya..Ada juga rakan-rakan yang menjualnya,,bagi yang tak tahu nak jual baucer pelajar rm200 ni,atau pun ingin menukar bauber ini dengan wang tunai..bolehlah ikut cara dibawah..

sumber gambar

haha..nama pelajar tapi tak reti,nak jual baucer dalam Mudah dot my..hehe..mungkin sangat memerlukan wang tunai kot..huhu..


AZIZUL HAkim=apa yang penting sekali,boleh ker kalau jual baucer rm200 kepada pihak lain,sebenarnya baucer itu diberi untuk digunakan untuk perkakasan belajar dan buku-buku ilmiah..jadi gunakanlah rezeki pemberian kerajaan ini dengan betul..orang memberi kita menerima dengan baik..



Sembang Pasal: Komik Tranformasi najib Untuk Sekolah

komik Transformasi


Kalau sebelum ini komik “Transformasi Najib” ini boleh didapati di pasaran pada harga RM13.90 senaskhah termasuklah kedai buku utama seperti MPH Bookstore. Walaubagaimanapun, terdapat dakwaan terbaru yang mengatakan komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah.

Komik Transformasi Najib : Sudah 8 Kali Ulang Cetak

Ada kalangan ibubapa telah memperolehi “komik Najib” semasa menghadiri mesyuarat PIBG. Setakat ini dikatakan Komik Najib ini telah diulang cetak sebanyak 8 kali sejak mula diterbitkan pada tahun 2011. Adakah kerana komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah, menybabkan ia terpaksa diulang cetak sehingga beberapa kali?

Kalau diikutkan sebenarnya Komik Najib ini ada dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Nak tahu apa yang terkandung dalam komik Transformasi Najib ini yang mempunyai sebanyak 109 mukasurat?

kliksini!

Big Brother Brazil: peserta Monique Amin Dirogol secara Live



Satu Program realiti terkenal versi Brazil Menggemparkan berita seluruh dunianegara tersebut apabila salah seorang pesertanya Monique Amin dirogol secara live di televisyen,.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.

polis mengambil keterangan dari Monique Amin ,Monique Amin mnyatakan bahawa dia dalam separuh sedar ketika kejadian

Penonton terkejut dengan adanya rakaman tersebut,Enchariz dikenakan tindakan,dia telah disingkirkan dari Big Brother Brazil dan akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun jika disabit kesalahan..

azizulhakim:haha..kantoi secara live pulak tu..malu..malu

klik=Sini

ketua Kampung Bakar Pejabat Kerajaan



HONG KONG – Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam.

Akibat tindakan Gao Jinje itu, dua cedera parah.


Bertugas di Kampung Beitai di wilayah Hebei, Gao mempertikaikan pihak berkuasa tempatan di bandar Chengde atas amalan rasuah dan salah guna kuasa pada Ahad.

Pusat Hak Asasi Manusia dan Demokrasi berkata, selepas bertengkar, Gao mencurah cecair mudah terbakar ke kompleks kerajaan dan menyalakan api.

“Kebakaran itu memusnahkan lebih 20 pejabat,” katanya.

Gao kini ditahan polis tetapi tidak diketahui berada di mana. – AFP

Azizul hakim: Macam Ni barulah Gentle..bila di hantar surat tak dilayan,bantahan suara tak didengar...kite bakoorr

Klik=Sini

Pelajar USM Ugut Bom Helikopter PM Dibebaskan Untuk Duduki Peperiksaan



Baru-baru ini. Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.
Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antaranya penuntut itu menulis, “Najib datang ke kampus… mari bom helikopter beliau.”


Namun,Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

“Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan Internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

“Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu. — BERNAMA

klik=Sini



Video Best #8: Budak Sekolah Rendah Pandai Buat Shuffle





Foiyoo...sapalah cikgu tarian sekolah rendah diorang ni,..sampai anak murid dia terer buat shuffle

Genetik Ayam Bogel (naked Chiken) tidak dipersetujui



Secara lumrahnya kita melihat ayam Berbulu pelepah untuk melindungi kulit dai debu-debu dan kotoran,namun ilmuan Israel berhasil mengembangkan hal diluar kewajaran tersebut, para ilmuan tersebut mengembangkan ayam "Bogel" (Naked Chicken).


Seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel. Ayam dengan tanpa kulit diciptakan dengan perkahwinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.

idea ini untuk membolehkan ayam boleh hidup dibawah cuaca yang beriklim panas,dan tidak perlu lagi ruang pendingin ini secara langsung akan menjimatkan kos penternakan..

dengan kewujudan naked Chiken ini,pengusaha tidak perlu lagi mencabut mengasingkan bulu ayam,,...

Ayam jantan tidak mampu untuk kahwin kerana mereka tidak bisa mengepakkan sayapnya untuk keseimbangan, dan ini juga berefek pada ayam betina.

Mungkin naked chiken ini lebih terdedah dengan parasit dan bakteria dari debu dan habuk sekeliling,,
Sumber


Awek ni Ada 2 Vagina? 2 Kali Hilang Dara



Percaya atau tidak..awek ni boleh hilang dara 2 kali dalam seumur hidup..awek yang bernama Hazel Jones 27 mendadahkan bahawa beliau boleh hilang dara 2 kali dalam hidupnya kerana dia memiliki 2 vagina dalam bentuk yang sempurna

Sebelum ini dia selalu mengalami senggugut yang teruk sehinggakan doktor menyatakan dia memiliki 2 vagina

Hazel memberitahu hos rancangan This Morning ITV1 Holly Willoughby dan Phillip Schofield tentang dirinya berusia 18 tahun sebelum didiagnosis uterus didelphys.


Sembang Pasal: Kes Liwat Anwar Ibrahim Tak Bersalah


Akhirnya 9 januari 2011 kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan dengan keputusan Anwar Ibrahim Tidak Bersalah tas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Para penyokong beliau bersorak gembira. Dianggarkan 5,000 penyokong memenuhi perkarangan tempat meletak kereta Mahkamah Tinggi hari ini bagi memberi sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.seperti poster 901 yang dilancarkan oleh pakatan rakyat


11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.

10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.

Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.




Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning.


10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.


10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.

9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.

9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.

Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.

9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.




9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50 orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.

Kumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.

Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.

Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid

Polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid.

Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.

10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang elektrik berhampiran medan selera.

10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.

Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.

Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.


9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.

8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.

"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.

Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan tenang.

8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.

Sumber

Siapa yang main bom ni hA.!!

Anwar Jadi PM,Jay Jamalina Minta Maaf Sebab Tersasul




Jay Jamalina,Pembaca berita Buletin Utama Tv3 Dengan pantas meminta maaf selepas tersasul menyebut nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


“I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was complete slip-of-the-tounge. Tidak disengajakan. (Saya ingin memohon maaf kerana tersasul ketika Buletin Utama tadi. Ia memang benar-benar tersasul. Tidak disengajakan.),” katanya di laman twitter tersebut.


Jay Jamalina melaporkan tentang lawatan kerja Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang dijangka mampu meningkatkan jumlah pelaburan pada tahun ini.

Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui esok.


Gambar Awek Nazmi Faiz Mansor



Gambar Awek Nazmi Faiz Mansor

Lelaki di atas adalah Nazmi Faiz. Walaupun sudah berambut pendek dan cacak ke atas, kejambuan Nazmi masih terserlah di situ. Dan wanita di sebelahnya dikatakan kekasih baru Nazmi Faiz. Cantik, manis dan nampak elegan orangnya. Namanya tak lain tak bukan ialah Tengku Fiella. Kita close up sedikit gambar di atas,bukan nealofa ye



Gambar Awek Nazmi Faiz Mansor
sumber

klik=Sini

Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah 20 Januari


Agaknya ramai artis yang berkahwin tahun 2012 ni..jika dahulu kita dengar Lisa surihani dengan yusry dan Scha Al-yahya bersama Awal Ashaari..Kalini Pasangan pengacara terkenal TV3 Ally Iskandar dan Farah Lee pula Mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 20 januari 2012 ini..tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Namun Ally Iskandar sendiri belum mengumumkan lagi tarikh tersebut secara rasmi..Jika sebelum ini beliau mengikat pertungan dengan Aishah namun ia tidak bertahan lama kerana tiada keserasian,,

Tidak berapa lama kemudian, Ally Iskandar dikatakan intim dengan seorang gadis yang masih bergelar mahasiswi di luar negara yang bernama Farah Lee yang juga merupakan anak angkat kepada keluarga pengacara Raja Lawak, Zizan.

Namun, Ally dikatakan malu-malu untuk mengaku hubungannya dengan Farah dan bijak menyembunyikan percintaan mereka dari media hiburan tempatan.

KLik=sini

Osbon Akan Mengerjakan Ibadah Umrah Dari Duit Maharaja Lawak Mega



baru-baru ini kita dihebohkan dengan kumpulan boboi telah menyertai umno..namun selaku juara maharaja lawak mega = Osbon Raih RM 350,000 Selaku Juara Maharaja Lawak Mega

Daripada duit hasil kemenangan di pentas maharaja lawak mega tersebut,Abon akan Mengerjakan Umrah hasil dari rezeki kemenangannya..





Semoga Ibadah Umrah Beliau berjalan lancar...

Adooo Malam

Klik=Sini


Video Penjelasan Perubahan Nur Amalina Che Bakri Akibat Kejutan Budaya


JIka Pagi Tadi ada entri tentang Sembang Pasal: Nur Amalina Che Bakri Tetap Pelajar Cemerlang Di UK

Ibunya mendakwa dia tetap cemerlang di luar negara,namun Nur Amalina Che Bakri tampil didalam Webcam Memberikan Penjelasannya Untuk rakyat malaysia





Erm.,.MIzz Nina..ramput pegi perang,,Bagi Aku malas nak komen lebih-lebih,..

Setiap Kelebihan Pasti ada kekurangannya,,Allah Jadikan Kita sama adil


yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan
dan ini dia penjelasan gosip dari orang Pandai,,..

KLIK=sini

Sembang Pasal: Ustaz Azhar Idrus Pula Di Pertikaikan




Assamualaikum……Baru-baru ini ketika majlis Ambang tahun baru 2012,Memang ketara dari segi kerohaniannya jika dibandingkan majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam berbanding dengan Konsert Di i-City..Apabila Tepat jam 12.00 tengah malam,Alunan ASMA UL_Husna bergema seluruh padang tersebut..jika Dibandingkan dengan Percikan Bunga Api dan Konsert terpekik-pekik di i-CITY apalah gunanya..

Namun ada segelintir masyarakat mahupun blogger yang sengaja mencari trafik yang tinggi dengan menyatakan Ustaz Azhar itu salah "USAHA HALUS YANG MENYESATKAN Di MALAM TAHUN BARU !!" .. mereka yang busuk hati itu mendakwa cara dakwah Ustaz Azhar Idrus adalah haram, sesat dan cara Yahudi.dengan petikan gitar.

Seperti sedia maklum, Ustaz Azhar Idrus meggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam. Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan. Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut hukum dan para ulama’ bersepakat mengatakan hiburan diharuskan selagi tidak melalaikan. Yang haram adalah cara kita mencorak hiburan itu ke arah perkara-perkara yang maksiat serta membazir.

Tak salah Jika hendak berhibur,,namun ada batasannya..

Jom kita bandingkan keadaan Majlis Tahun Baru yang berbeza ini.
.



Majlis Ustaz Azhar






Majlis di i-City








KLIK=sini

FBed: Katil Untuk Orang Yang Ketagihan Facebook


Jika Dulu ada Orang membuat Air Tenaga dengan berkonsepkan Facebook..Facebook Facedrink Air minuman tenaga Dari tema Facebook | AZIZUL HAKIM





Sekarang Ada Pula FBede...katil untuk orang yang tak boleh meninggalkan facebook walau seketika..

katil yang dicipta designer Zvonaric ini dibuat berbentuk huruf 'f' dari Facebook!



"idea ini terhasil dari perangai orang yang suka membuak facebook sehingga tertidur..jadi dengan Fbed Ini semuanya menjadi mudah..jika ingin membuka facebook maju kehadapan.,.dan jika ingin tidur..baring dibelakang" ujar Zvonaric.

AzizulHakim: Kenapa Tak Buat Bbed,katil Untuk Blogger..Hahahaa

Klik=Sini

Sembang Pasal: Nur Amalina Che Bakri Tetap Pelajar Cemerlang Di UK



Sejak kebelakangan ini kecoh seluruh Malaysia tentang gambar Nur Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang 17A SPM Sijil Pelajaran Malaysia 2005.Beliau juga dikatakan tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh selain menjalani gaya hidup bebas.

namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.

Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?



Ibu Amalina Che Bakri ,Puan Sabariah Hassan hariini tampil untuk memberikan keterangan tentang anaknya pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu

Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK. Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei ini.

Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

klik=sini

Sembang Artis: Siti Nurhaliza Nafi Mengandung



Sebelum ini banyak juga gosip yang diperkatakan tentang Siti Nurhaliza Mengandung atau belum.Baru-baru ini dikatakan Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman bahawa dia telah berbadan dua atau telah mengandung kepada peminat-peminat di singapura..

dan Apa yang pasti adalah Siti Nurhaliza Belum lagi mengandung.,,


Mahasiswa Dibelasah Polis,Adam Adli Dipukul


Menjelang detik 2012,Satu demonstrasi aman diadakan oleh mahasiswa dan pelajar-pelajar UPSI,Universiti Pendidikan SUltan Idris,Tanjung Malim.demonstrasi itu di pimpin oleh Safwan Anang Talib, yang memperjuangkan kebebasan akademik AUKU. Kumpulan mahasiswa ini, yang turut disertai oleh Adam Adli, difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.


malangnya Piha Polis simpanan Persekutuan,FRU,menyerbu dan menghalang perhimpunann demonstrasi tersebut.Pihak polis menghalang mereka dengan senjata pemukul namun betepa hebatnya mahasiswa,mereka hanya melawan dengan tangan kosong kudrat mereka sahaja..mereka dikerjakan teruk sehingga ada yang cedera parah,seperti patah gigi,patah hidung,tulang rusuk dan sebagainya.



Berita rentetan tragedi Berdarah Mahasiswa dipukul Polis


-10 Orang Mahasiswa dilaporkan ditangkap dan dibawa ke lokap balai polis Tg. Malim

- Keadaan Di Luar Balai Polis semakin tenang, ramai aktivis2 turun padang

-keadaan terkini Safwan, dilaporkan rusuknya patah dan sukar untuk bernafas. –

Peringatan Kepada sesiapa yang ingin hadirkan diri ke Balai Polis Tg Malim, Jalan ke Balai Disekat, ada 2 Road Block ke IPD, Sila guna jalan belakang ke IPD, (tepi KTM) Via MiloSuam

- Police r refusing 2 give me any info on status of arrested students- they even refuse info on condition of injured students Via @nsurendrann

- It seems d students will b kept overnight- everyone call 05-4596222 to demand their immediate release @nsurendrann

- Pihak Polis Masih tidak memberi Kerjasama.

- Semua hp mahasiswa dirampas dan mahasiswa yang cedera sedang membuat laporan polis.

- Alhamdullilah! 6.39 am. Saudara Safwan Anang Sudah Sedar. Soalan Pertama, Kawan Kawan Macam mane? Terbaik!


Jumlah Mahsiswa yang ditangkap buat masa ini adalah seramai 17 orang dan diantara mereka bukan semua pelajar UPSI tetapi dari Universiti lain juga ada. 2 Orang Cedera.

KPD Supt Othman baru maklum perkembangan terkini: masih ambil dokumentasi. Masih tunggu IO.

AZIZULHAKIM: aku rasa dari tahan demonstrasi aman ini perjuangan anak melayu ini untuk menuntut kebebasan ,lebih baik pihak polis menahan Mat-mat rempit yang berlegar-legar mengganggu keselamat jalan raya malam tadi.tak pun Serbu dataran merdeka ..untuk mengelakkan maksiat berleluasa baru lah betul..