Pages

Sembang Artis: Nora Danish Menunaikan Umrah Di Hari Persandingan Jejai- Fasha

Pelakon cantik, Nora Danish ketika ditemui GUA petang tadi mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon Tentang Dhia ini selain tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

 “Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,” ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem ‘Mencari Cinta’, di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.

 “Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.” Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan berada di majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha untuk menjadi ibu kepada Rayqal, Nora memberitahu, 

“Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

 “Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.” Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.
Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, “Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah.”

 Sebelum mengakhiri perbualan, Nora sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bakal pasangan suami isteri itu. 
 “Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.” Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan