Pages

AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR

AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR 







PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR bersama saiful Apek



Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam jam 12.30 tengah malam Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.


Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan