Pages

Tutorial Resepi Durian Crepe

Resepi  Durian Crepe










Resepi  Durian Crepe

Durian Crepe sekarang ni jadi trend betul lah. Rasanya sejak bermula musim durian akhir-akhir ni, Durian Crepe mula mendapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang sanggup berebut-rebut untuk membeli durian crepe ni.

Resepi  Durian Crepe ni aku buat sebab ramai orang yang bertanya kat aku resepi nya, pelik jugak kenapa lah tanya kat aku padahal aku bukan reti pun bab-bab masakan dan resepi ni. Kalau suruh makan, insyallah aku pandai.. aku pun sebenarnya die hard fans durian tau. Hehe..

Tanpa membuang masa lagi, meh aku kongsikan resepi khas dan cara-cara buat durian crepe yang menjadi fenomena di serata Malaya ni.
.

RESEPI DURIAN CREPE


Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 20gm tepung gandum
  2. 20gm tepung ubi
  3. 10gm tepung kastard
  4. 10gm tepung jagung
  5. 1 biji telur
  6. 1 senduk myk masak
  7. 1 senduk gula halus
  8. 40ml susu cair
  9. 150ml air
  10. pewarna kuning
  11. perisa durian


Cara buat Durian Crepe:


1) Masukkan semua bahan yang ada kedalam sebuah mangkuk, dan sebatikan mereka dengan whisk dan kemudian tapis..


2) Kalau pekat  tambah air sedikit ye, boleh jugak gunakan blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.


3) Untuk mengelakkan crepe daripada berlubang bila banyak buih, ambil sesenduk kecil.. dan kemudian tuangkan adunan tadi kedalam kuali yang dipegang..


4) Layangkan kuali tadi agar adunan sekata dan diletakkan atas api kecil sampai masak.


5) Pastikan masak hingga kering, angkat dan tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok.



Filling :


  • 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
  • (boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
  • isi durian..
  • ltkkn fresh cream letak isi durian..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
  • lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
  • siap dan boleh dimakan. Hehe..


So sekarang dah tau lah kan resepi cara buat Durian Crepe yang sedap ni, jadi tunggu apa lagi. Boleh lah cuba buat sendiri sekarang! Kalau dah berjaya buat nanti jangan lupa bagi aku rasa sikit ye


Tiada ulasan:

Catat Ulasan