Nenek Berusia 55 Tahun,Mengambil SPM- HASANAH Abdullah, 55, (kiri) bersama rakannya, Zurina Ismail, 39, mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, semalam.
YAN 5 Nov. - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Hasanah Abdullah, 55, mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak di sini.
Hasanah yang mengambil aliran subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab kelihatan sebak dan gembira kerana penantian selama 38 tahun untuk menjadi calon SPM akhirnya berjaya.
Ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu itu berkata, peristiwa kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan kekangan kewangan memaksanya membatalkan hasrat untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun.
Klik=SINI
0 ulasan:
Catat Ulasan