Pages

Anne Ngasri Mengandung | Hamil


Anne Ngasri Mengandung | Hamil

















 Anne Ngasri Mengandung | Hamil

Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu.
Sah bergelar isteri pada 22 Disember yang lalu, Anne Ngasri kini bahagia melayari bahtera perkahwinan. Kebahagiaan yang dicari selama ini telah ditemui bersama lelaki yang kini bergelar suami.
Menjanda selama beberapa tahun, Anne bertemu jodoh dengan seorang setiausaha kerja pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan. Anne Ngasri bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan dan tidak putus memberi sokongan kepada dirinya.
Anne mengaku sejak akhir akhir ini sudah mula rasa mual namun masih belum berjumpa doctor bagi mengesahkan keadaan dirinya sebenar. Setelah 3 minggu berkahwin mungkin juga ini perkhabaran gembira buat Anne dan Sumali.
Anne Ngasri memang mengharapkan kehadiran orang baru dalam rumahtangga yang baru dibina. Dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
Diminta bercerita tentang makanan kegemaran suaminya, Anne mengakui tidak sukar kerana selera suaminya sama dengan ayahnya. Sumali Reduan gemarkan makanan Jawa kerana keduanya keturunan jawa yang berasal dari Johor.
Untuk pengetahuan semua, anak pertama hasil perkahwinan Anne terdahulu, Abdul Warits sudah pun memasuki alam persekolahan dan mengakui bahawa dirinya sedikit kelam kabut memandangkan ini adalah pengalaman pertama dia menguruskan anak yang bersekolah.
Anne bakal muncul di TV9 mengacarakan sebuah program baru Semangat Intelek Swadaya pada setiap Sabtu, jam 11:00 pagi bermula 26 Janauari 2013 ini bersama bersama Diana Amir dan Shabana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan