Pages

Rita Rudaini Tak Patah Semangat

Rita Rudaini Tak Patah Semangat

















Rita Rudaini Tak Patah Semangat




Aktres Rita Rudaini berkata dia tidak terjejas atau patah semangat dalam menghadapi konflik rumah tangga yang masih berlanjutan sehingga kini.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, tekanan dan kesulitan menghadapi kes-kes perbicaraan di mahkamah sejak setahun lalu membuatkan dia semakin kuat.

“Saya tidak akan mengalah atau berasa lemah semangat dengan apa yang berlaku. Saya tidak jadikan kesulitan ini sebagai tekanan tetapi cuba melaluinya dengan tenang dan relaks,” katanya kepada mStar Online.

Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak bermula apabila lelaki berusia 26 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Perlis bersama anak-anak.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Ditanya adakah hatinya bersedia untuk menerima lelaki semula sekiranya konflik perkahwinan itu berakhir dengan perceraian, Rita berkata, dia tidak pernah serik jika ditakdirkan bertemu dengan lelaki lain.

“Bukan semua lelaki tidak baik. Pasti ada (lelaki) di luar sana yang bertanggungjawab dan menyayangi sepenuh hati.

“Jika pada masa akan datang ditakdirkan bertemu lelaki lain, orang itu mesti lebih menyayangi anak-anak berbanding diri saya,” katanya yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Sarah untuk TV3. - mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan