Pages

MALAYSIA BAKAL DIHENTAM ASTEROID?

MALAYSIA BAKAL DIHENTAM ASTEROID?











MALAYSIA BAKAL DIHENTAM ASTEROID?

Mungkin ramai yang melihat isu asteroid atau tahi bintang sebagai isu yang kurang relevan dengan diri mereka.

KLIK= ASTEROID SAIZ KOLAM RENANG OLIMPIK HAMPIRI BUMI


Tidak kurang yang menganggap ia isu yang hanya perlu diberikan perhatian oleh para saintis sahaja. Semua ini berpunca dari sikap sama setiap manusia yang selalu yakin perkara buruk tidak akan berlaku kepada mereka tetapi kepada orang lain.

Sebab itu ramai yang bila membaca pelbagai kejadian jenayah di akhbar tetap tidak akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi diri sendiri…kerana beranggapan jenayah akan hanya berlaku kepada pihak lain.

Berbalik kepada isu asteroid – malam ini, sebuah asteroid dengan diameter 160 kaki dikenali 2012 DA14 melepasi bumi. Waktu ketibaannya? Pada 2.24 petang ikut Eastern Standard Time, atau 1.24 pagi waktu Singapura dan Malaysia.

Asteroid itu dipercayai menjadi punca kepada hujan meteor sehingga menyebabkan kecederaan melibatkan ratusan orang di wilayah Chelyabinsk, Russia. Jika 2012 DA14 mengenai bumi, ia akan mempunyai kekuatan 1,000 buah bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima. Ia mampu memusnahkan bandar sebesar London.

Kali ini kita bernasib baik kerana ramalan saintis ia akan hanya melalui luar bumi. 2012 DA14 sebenarnya adalah objek angkasa yang paling rapat dilaporkan pernah melalui orbit bumi sejak manusia mula merekodkan sejarah.


Bayangkan jika ia menghentam mana-mana bandar di Malaysia?


Bukan bertujuan menakutkan, tetapi kita tidak boleh bersikap macam contoh di atas, beranggapan perkara yang buruk akan hanya berlaku ke atas orang lain.

Malaysia mempunyai sejarah dihentam asteroid…salah satu adalah Lembangan Maliau di Sabah.

Kini ramai yang memuji keindahan lembangan itu tanpa menyedari ia adalah bekas hentaman asteroid.

Bayangkan jika 2012 DA14 mengenai Malaysia?


2012 DA14 hanya dikesan saintis 12 bulan yang lalu sahaja…bererti jika sesuatu asteroid menuju tepat ke bumi dan hanya dikesan dalam tempoh pendek itu, maka apa yang boleh penduduk bumi lakukan?

Kini, Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang berusaha dengan Makmal Fizik Amalan Universiti Johns Hopkins mencari jalan bagaimana menangkis asteroid yang hinggakan sebesar gunung – bak dalam filem Armageddon ataupun Deep Impact.

Namun, mampukah manusia menemui jalan untuk mengelakan hentaman asteroid di masa hadapan?

Apakah yang mampu kita lakukan jika ia menghala ke Malaysia suatu hari nanti?

Berdoalah agar tidak…


Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan