Pages

Penyanyi Yasin Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya Angkatan Muda KEADILAN (AMK)| Lagu Reformasi

Penyanyi Yasin Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya Angkatan Muda KEADILAN (AMK)








Penyanyi Yasin Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya Angkatan Muda KEADILAN (AMK)



KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda. 


“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. 

AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. “Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK.







Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan. Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin,




REFORMASI






REFORMASI
yasin sulaiman (hush entertainment)
guitars by Faizal Tahir

KUTERDENGAR SUARA KEBEBASAN
GERAK NADI KEMANUSIAAN
BERSAHUT SEINDAH SERUAN
BANGKITAN SUARA DI DALAM

REFORMASI

KUMERASA BAYU PERUBAHAN
KALI INI BAGAI KEPASTIAN
DERASNYA GELOMBANG KEBENARAN
KEMENANGAN TIADA TERHALANG

REFORMASI

KUMENANTI SINAR KASIH SAYANG
YANG MENDAMBA WAJAH KETULUSAN
BAGAI TIDAK LAMA PENANTIAN
CAHAYA DI PENGHUJUNG JALAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan