TERKINI: 6000 tentera Iran telah dihantar ke Syria | Pangkalan udara ditawan
TERKINI: 6000 tentera Iran telah dihantar ke Syria | Pangkalan udara ditawan
Dilaporkan lebih 6000 tentera Iran telah dihantar ke Syria untuk membantu rejim Basyar yang sekarang kelihatan semakin lemah.Mereka kebanyakannya akan terlibat dalam peperangan dalam bandar sebagaimana yang didedahkan oleh seorang tokoh 'ulama' Syiah Iran, Mehdi Thoib (gambar) dalam satu wawancara bersama sebuah agensi media tempatan Iran baru-baru ini.
Thoib menyebutkan, Iran tidak sanggup untuk kehilangan Syria kerana kedudukannya yang begitu penting bagi Iran. Menurut Thoib, Syria adalah wilayah Iran yang ke 35, seandainya mereka diasak sehingga diberi pilihan antara Ahwaz dan Syria, Iran mesti pertahankan Syria dahulu.
Beliau yang mengetuai sebuah badan 'Ammar Strategik' berperanan dalam menangkis serangan-serangan musuh Iran menambah, "Saat ini tentera Iran terus dikirim untuk menghalang kemaraan mujahidin FSA dan merekalah antara yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi mujahidin FSA, di samping tentera syiah Hezbolah Lubnan dan pakatan syiah yang lain.
Pangkalan udara Syria ditawan
DAMSYIK 16 Feb. - Pemberontak Syria menawan sebuah pangkalan udara tentera di utara negara ini semalam dan bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas pengikut setia Presiden Bashar al-Assad ketika kumpulan itu menolak mengadakan rundingan dengan kerajaan.
Pemberontak daripada pergerakan Barisan al-Nusra Islam dan batalion Muhajirin, menawan pangkalan udara di daerah al-Safira, timur Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, selain merampas sejumlah besar peluru simpanan, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Kumpulan aktivis yang beribu pejabat di Britain itu turut melaporkan berlaku pertempuran di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, selain di sekitar pangkalan udara Nayrab serta satu lagi kompleks tentera ketika kedua-dua pihak bersiap sedia untuk bertempur secara besar-besaran.
"Tentera membedil kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo dan pangkalan udara Nayrab semalam, manakala pemberontak menggunakan roket buatan sendiri untuk mempertahankan Nayrab.
"Tentera sedang bersiap sedia melancarkan operasi berskala besar untuk menawan semula Pangkalan 80," tambah kumpulan aktivis itu yang merujuk kepada kompleks tentera merangkumi Nayrab dan lapangan terbang Aleppo.
Pemberontak menawan pangkalan itu Rabu lalu selepas satu pertempuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 150 maut daripada kedua-dua pihak, termasuk pegawai kanan tentera.
Sementara itu, kereta kebal tentera membedil bandar Khan Sheikhun di wilayah Idlib, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam maut.
Menurut pertubuhan pemantau itu, sekurang-kurangnya 107 orang maut akibat keganasan di seluruh Syria, semalam. - AFP
LAGI BERITA TERBARU.
Sumber mujahidin melaporkan sebentar tadi kira-kira 700 tentera rejim Basyar termasuk 50 orang pegawai telah bersama-sama dengan mujahidin Islam di pinggir Dimasyq.
Perpecahan semakin ketara dalam kalangan tentera rejim. Teruskan berdoa untuk mujahidin.
P/S:
malaysia dulu hantar komando pergi bosnia melalui perintah mahathir? tp tak nak pergi syria ke? mahathir/NAjib tak suruh komando pergi syria ke?
isu kebangkitan syria.sama-sama kita renungkan
BalasPadamhttp://gossipmasta.blogspot.com/2013/09/syria-behind-stories-of-war.html
Ya allah selamatkan syria.hapuskan basyar dan tenteranya...
BalasPadamYa Allah kau hancurkan la tentera basyar dan sekutunya. Syiah dan yahudi
BalasPadamYa ALLAH KAU bangkitlah iman.Dalam perjuangan di syria
BalasPadamYa Allah selamatkan pembela FSA
BalasPadamya alllah selamatkan kaum sunni suria
BalasPadamYa Allah selamat kanlah kaunsunnah disuria.dan musnas lahpuak shiah yahudi laknattullah .aminn
BalasPadam