Home » , , , , , , , , , » Jenazah 2 komando polis yang terkorban Selamat Sampai Di KAmpung Halaman (Video) Tragedi 1313

Jenazah 2 komando polis yang terkorban Selamat Sampai Di KAmpung Halaman (Video) Tragedi 1313

Jenazah 2 komando polis yang terkorban Selamat Sampai (Video) Tragedi 1313





Jenazah 2 komando polis yang terkorban Selamat Sampai (Video) Tragedi 1313

Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi. Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak (dua lelaki dan seorang perempuan).

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang. Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - BERNAMA
ASAMU DIKENANGI: Penghormatan akhir sebelum jenazah disemadikan di kampong halaman Arwah Insp Zulkifli dan Arwah Kpl Sabarudin.


Isteri Insp Zulkifli Memegang Keranda Suami Tercinta



Konvoi 40 Buah Kereta menuju ke Kediaman Allahyarham KPL Sabarudin Daud Di Sg Lias Sg Besar
Terkini 1520-Jenazah KPL Sabarudin Selamat Tiba Di Kediaman Kg Sg Lias


Suasana sekitar mnanti jenazah Allahyarham zulkifli mamat di besut terengganu


Kredit- Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs





Mari Sedekahkan Al-Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink