Lahad Datu : Polis Nafi Sasar Tembak Kanak-kanak

Polis Nafi Sasar Tembak Kanak-kanak| Lahad Datu

















Polis Nafi Sasar Tembak Kanak-kanak


LAHAD DATU – Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 ke 15 tahun maut ditembak  manakala seorang lelaki berusia 30 tahun cedera ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu pagi ini.
Pasukan keselamatan ketika kejadian sedang memeriksa sekumpulan orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas sebelum berlaku pergerakan yang mencurigakan hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media petang ini.
Kampung Sungai Bilis merupakan kawasan zon merah ketika ini.
Mynewshub.my difahamkan, pasukan keselamatan mengambil langkah lebih berhati-hati selepas lapan anggota polis maut dalam dua serang hendap berasingan iaitu enam di Semporna dan dua di Kampung Tanduo.
Berikut adalah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai insiden tersebut.
Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi.
Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya.
Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.
Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa.
Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan, pada masa yang sama tembakan telah dilepaskan setelah situasi tersebut dilihat membahayakan pasukan keselamatan.
Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.
Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar.
Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.
Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap.
Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.
Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink