Home » , , , , , » Ops Daulat,Lahad Datu: Seorang lagi Penceroboh ditembak, kematian 53 orang

Ops Daulat,Lahad Datu: Seorang lagi Penceroboh ditembak, kematian 53 orang

Ops Daulat,Lahad Datu: Seorang lagi Penceroboh ditembak, kematian 53 orang



















Ops Daulat,Lahad Datu: Seorang lagi Penceroboh ditembak, kematian 53 orang



LAHAD DATU - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.
   
Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.
   
"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.
   
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat. - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink