Pencerobohan Sabah: Tentera Sulu,Pejuang Atau Pengacau?

Pencerobohan Sabah: Tentera Sulu,Pejuang Atau Pengacau?


















Pencerobohan Sabah: Tentera Sulu,Pejuang Atau Pengacau?


PETALING JAYA: Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus di kembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.


"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.


"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.


Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.


Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.


"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.
Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.


"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya. (mSTAR)





GENERAL SANTOS CITY - Presiden Benigno S. Aquino III menegaskan kedegilan pengikut Sultan Sulu yang mahu kekal di Sabah boleh membawa kepada 'perang propaganda'.

Beliau berkata, tindakan menceroboh Sabah dan membawa senjata telah mengheret Filipina ke ambang bahaya.

“Bukan itu saja, saya juga bimbang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina terjejas kerana tindakan ganas yang dicetuskan oleg pengikut Kesultanan Sulu ini,” ujarnya.

Kata beliau, ini kerana hubungan di antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan Malaysia sendiri membantu rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Aquino hari ini turut meminta pengikut Sultan Sulu menyerah diri dan berjanji akan turut akan mempertimbangkan kebajikan sebahagian besar rakyat Filipina yang terjejas.

Tambah Aquino, beliau juga bimbang nasib 800,000 rakyat Filipian yang bekerja di Sabah ketika ini ekoran krisis dicetuskan oleh Sultan Sulu.


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink