Home » , , , , , » Sejarah: Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan

Sejarah: Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan


Sejarah:  Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan









Sejarah:  Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan

Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan
dan luar negara. Cheonggyecheon benar-benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor.
Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka
dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang
menyegarkan. 

Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih. Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang.

 Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.

Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol
"modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk
pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu
tidak dapat mengalir.

Namun, pada 2003, datuk bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak melakukan perubahan
revolusioner. Lee, yang kini adalah bekas presiden Korea Selatan berkat visinya yang
mesra alam, ingin Cheonggyecheon kembali kepada statusnya semula sebagai anak sungai
yang mengalir di pusat bandaraya.


Jalan-jalan bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu pula dengan tiang konkrit
dan konkrit penghadangnya. Maka, dua tahun kemudian, Cheonggyecheon "lahir kembali"
sebagai sungai yang indah dan kini menjadi salah satu kebanggaan warga Seoul sebagai
ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurut keterangan pemerintah Seoul, kelahiran kembali sungai itu bahkan turut
menurunkan tahap pencemaran udara dan kian menyejukkan udara di tengah
bandarayanya.


Berikut gambar-gambar sungai Cheonggyecheon ketika masih kotor dan tercemar:










Ini Pula Gambar sekitar Sungai Cheonggyecheon setelah dibaik pulih dan diperindahkan














P/s : SUngai Kelang Tak Nak Buat Macam NI?


Source

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink