Pages

Bukti Dakwat Kekal Boleh Dipadamkan Guna Sabun (Video)

Bukti Dakwat Kekal Boleh Dipadamkan Guna Sabun
















Bukti Dakwat Kekal Boleh Dipadamkan Guna Sabun

Orang Malaysia ni pelik,Baru guna sekali dakwat kekal dalam pilihan raya habis gambar diupload dalam facebook,,,

Ia membuatkan amat pelik apabila dakwat kekal yang dikatakan bertahan selama beberapa hari dapat dipadam dengan mudah dengan hanya menggunakan sabun,,

Nah.. seorang pengundi awal hari ni telah membuat demo selepas beliau balik dari mengundi. Hanya dengan mengunakan sabun.. dakwat tersebut hilang sedikit demi sedikit!!! 

Lihat lagi= 

PANAS! DAKWAT KEKAL YANG TAK KEKAL MANA PUN?







Source

Ingin Bekerja Diatas Kapal? - Lihat Sini

Ingin Bekerja Diatas Kapal
















Ingin Bekerja Diatas Kapal


Anda bercita-cita untuk bekerja di atas kapal,Berlayar berbulan-bulan baru naik atas darat?
cuba lihat video dibawah ketika sebuah kapal dipukul ribut kencang dan ombak yang kuat..kapal tersebut bergoyang dengan kuat dibadai ombak,,huhu..

By the way,Tak kisah pun apa  bahayanya dan berani atau tak berani,,
memanglah tak berani sekiranya tidak mencuba,
yang penting kita cari rezeki yang halal..Semua kerja dan semua benda yang kita buat mempunyai risiko sendiri,
itulah namanya pengorbanan ketika mencari rezeki,,semuanya Allah yang tentukan,,,


5 Jenis Bisnes Yang Tak Akan Mati

5 Jenis Bisnes Yang Tak Akan Mati




5 Jenis Bisnes Yang Tak Akan Mati


Ketika kita berfikir bosan untuk jadi pekerja makan gaji , tak ada salahnya untuk berputar haluan menjadi
seorang usahawan. Menjadi seorang usahawan mungkin bukan hal mudah, anda juga harus bersaing
secara sahat dengan para pesaing lainnya, jatuh bangun dan semua hasil ditentukan oleh
usaha kalian sendiri dan rezeki yang tuhan berikan
.
Bagi usahawan yang berjaya jatuh bangun adalah hal yang wajar, bahkan kerugian adalah salah satu
pakej yang ketika anda memutuskan untuk berniaga. Sebaiiknya untuk memulakan bisnes,
anda harus berfikir bagaimana untuk membangun sebuah bisnes yang tak pernah mati, berikut beberapa bisnes yang tak pernah mati sepanjang zaman,dikutip dari berbagai sumber:


1.Bisnes Masakan
Sampai bila pun bisnes makanan akan terus hidup dan berdiri kerana pada dasarnya orang
perlukan makanan untuk terus hidup.

2.Bisnes Kreatif
Industri kreatif sampai bilapun tak akan pernah mati seiring berjalannya waktu industri
kreativiti  semakin diminati. Peluang emas ini sangat sesuai unuk anda yang
memang memiliki krativiti yang tinggi dan semangat untuk mencari inovasi-inovasi terbaru.

3.Bisnes Percetakan
Bisnes percetakan tak akan pernah ada matinya, kerana biasanya untuk bisnes percetakan setiap
harinya pasti diperlukan untuk setiap kalangan entah itu pelajar,pekerja ,dan semua kalangan.

4.Bisnes Runcit
Membuka perusahaan runcit yang maju sangat mudah, anda boleh membuka sebuah kedai runcit 
yang menjual bahan-bahan  untuk kkegunaan seharian. 

5.Bisnis Online
Di era digital saat ini bisnes online sangatlah menggiurkan oleh siapa saja. anda boleh mempromosikan bisnes online anda dimerata-rata tempat seperti di ebay,Forum,Facebook dan komuniti yang lain

Live Streaming Kelantan VS Ayeyawady United 30 April 2013 Piala AFC

Live Streaming Kelantan VS Ayeyawady United 30 April 2013 Piala AFC

















Live Streaming Kelantan VS Ayeyawady United 30 April 2013 Piala AFC


Malam Ini Skuad The Red Warriors ,Kelantan akan menentang kunjungan wakil myanmar,Ayeyawady United FC di stadium Sultan Muhammad IV,Dalam satu saingan konfedarasi bola sepak piala Asia AFC,

Perlawanan dijangkakan akan bermula pada jam 8.00PM dan bersiaranlangsung di tv9




Live Streaming  tv9

TV9 Live Streaming Online
TV9 Live Streaming Online

Panas! Dakwat Kekal Yang Tak Kekal Mana Pun?

Panas! Dakwat Kekal Yang Tak Kekal Mana Pun?






Panas! Dakwat Kekal Yang Tak Kekal Mana Pun?

Hanya dengan mengunakan sabun,belum lagi tinner atau petrol dakwat kekal yang diberikan SPR untuk dicalit sebenarnya ink biasa untuk stam cap jari!!!!????


Nah.. seorang pengundi awal hari ni telah membuat demo selepas beliau balik dari mengundi. Hanya dengan mengunakan sabun.. dakwat tersebut hilang sedikit demi sedikit!!! 





Dengar Cerita YB Tian Chua sedang buat Sidang akhbar. tungguuu cerita lanjut ,








PENGUNDI AWAL - bezakan semasa mengundi dan sesudah mengundi apabila dibasuh dgn air sabun biasa.







Nora Danish Nafi Beli Barang Kahwin Di Jakarta


Nora Danish Nafi Beli Barang Kahwin Di Jakarta










Nora Danish Nafi Beli Barang Kahwin Di Jakarta



Minggu lalu, timbul satu gossip yang menyatakan seorang pelakon comel popular bakak mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan katanya sudah pun membeli persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.

Peminat yang membaca gossip tersebut tidak teragak agak meneka yang pelakon comel tersebut adalah Nora Danish & ini menimbulkan keterujaan di’kalangan peminat yang memang ingin lihat beliau berkahwin.
Nora Danish mengakui beliau ada terbang ke Jakarta, Indonesia baru baru ini tetapi tujuan’nya adalah untuk menjalani penggambaran 10 episodRepublik Cinta Ahmad Dhani bersama ya, Ahmad Dhani.
“Saya akui, memang saya ada membeli kain untuk hari raya dan koleksi peribadi. Mungkin orang tersalah anggap. Saya masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga. Jika ada saya tidak akan menafikannya kerana ia adalah benda yang baik,” jawab beliau ringkas.








Zain Saidin Dakwa Diperguna Dalam MasterChef Selebriti 2

Zain Saidin Dakwa Diperguna Dalam MasterChef Selebriti 2















Zain Saidin Dakwa Diperguna Dalam MasterChef Selebriti 2



Tidak adil juga rasanya jika tuan punya badan yang mencipta kontroversi hujung minggu lalu tidak di’beri peluang untuk membela diri terhadap semua kritikan yang beliau terima,Ini cerita Zain Saidin.

Menurut kekasih Rozita Che Wan ini, banyak babak dari rakaman penuh telah di’potong oleh produksi MasterChef Selebriti 2 untuk menampakkan dirinya sebagai watak jahat dalam ‘drama’ ini.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata pedas juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah”

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” jelas Zain Saidin kepada Sinar Harian.

Zain Saidin turut menambah yang beliau di’desak oleh pihak produksi untuk menyertai MasterChef Selebriti 2 kerana kisah percintaan beliau & Rozita Che Wan yang memang hangat di’perkatakan peminat.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” ujar beliau yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir.

Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari ( video)

Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari


















Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari


NEW DELHI - Polis di bandar Kerala di sini memfailkan dakwaan ke atas seorang lelaki kerana membenarkan anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari miliknya. 

Mohammed Nisham dikenakan dakwaan membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kereta, jelas Inspektor M.V. Verghese. 

Isteri Nisham merakamkan aksi anaknya memandu kereta sports tersebut sewaktu majlis hari jadi kesembilan tahun dua minggu lalu. Video itu turut menunjukkan adiknya yang berusia tujuh tahun duduk di kerusi penumpang kereta sama. 

Video itu kemudian tersebar di YouTube dan menimbulkan kemarahan orang ramai sekali gus memaksa polis menfailkan dakwaan. 

Menurut Verghese, Nisham yang terlibat dalam perniagaan tembakau dan hartanah memiliki 18 buah kereta mewah dianggarkan bernilai AS$4 juta (RM12 juta). 


Dia telah meminta untuk membayar wang jaminan dan dijangka menyerah diri di balai polis bandar Kochi. Polis juga akan menyita kereta mewah terbabit ketika kes itu disiasat. 
"Saya bangga dengannya. Dia sudah memandu sejak berusia lima tahun. Kami membenarkan dia memandu Ferrari pada hari jadinya selepas meminta kebenaran selama berbulan-bulan," kata ibu kanak-kanak tersebut, Amal Nisham.
Budak lelaki itu sebelum ini juga pernah memandu Lamborghini, Bentley dan kereta mewah lain milik ayahnya.sumber:kosmo

Gempar ! Dalang Pencerobohan Sultan Kiram Dapat Sambutan Hangat Di Sabah (Video)

Dalang Pencerobohan Sultan Kiram Dapat Sambutan Hangat Di Sabah












Dalang Pencerobohan Sultan Kiram Dapat Sambutan Hangat Di Sabah


Video Menunjukkan Suasana dan kemeriahan serta sambutan penduduk Tawau yang menghadiri program Pakatan Rakyat dan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim


Lagi Kes Buli Pelajar Perempuan (Video)

Lagi Kes Buli Pelajar Perempuan 




















Lagi Kes Buli Pelajar Perempuan 


Lagi Kes buli melibatkan pelajar sekolah, Selalunya kes buli yang tersebar melibatkan pelajar lelaki sahaja,Namun Kali ini kes buli Melibatkan pelajar Perempuan,,

Nampakyan Aksi buli dan rakam serta budaya gangster ini semakin menjadi trend di sekolah-sekolah,

Nak salahkan siapa?
Mak bapak hantar kesekolah  untuk berilmu,
Bukannya untuk diangkat dan dihormati oleh pelajar lain sebab awak tu jadi Gangster sekolah,,,tak ada untung pun,,










Respon Rozita Che Wan Kes Zain Saidin Kurang Sopan

Respon Rozita Che Wan Kes Zain Saidin Kurang Sopan







Respon Rozita Che Wan Kes Zain Saidin Kurang Sopan



Program MasterChef Selebriti Malaysia untuk musim kedua yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104), Mustika HD (134) serta Astro On The Go menyaksikan empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.
Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.
Berikutan keputusan tersebut, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.
Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu.
Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan.
Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini,” Ujar Zain penuh tegas.
Dalam pada itu, Rozita Che Wan dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.
Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan.Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar,” komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.
Bila tengok Zain melangkah pergi, rasa macam nak ikut sekali“. Romantik juga Che Ta ini sebenarnya. Hehehe ~~

Atas tindakan kurang sopan itu,  Zain telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.

Roket Mujahidin FSA Syria Tepat Menembak Jet Tentera Basyar (Video)

Roket Mujahidin FSA Syria Tepat Menembak Jet Tentera Basyar















Roket Mujahidin FSA Syria Tepat Menembak Jet Tentera Basyar


Video yang menunjukkan Sebuah Jet Tentera Basyar yang jatuh ditembak tepat oleh roket pejuang Revolusi Syria Mujahidin FSA, Lalu mereka melaungkan Allahuakbar dan sujud syukur atas kejayaan mereka,,

Semoga Perjuangan mereka di berkati dirahmati dan dibantu oleh Allah SWT,serta dapat menjatuhkan Rejim Bashar secepat mungkin

Allahuakbar,,,


Panas ! Faizal Tahir Membidas Tun Faisal Di Twitter -Terbaik !!

 Faizal Tahir Membidas Tun Faisal Di Twitter 








Panas ! Faizal Tahir Membidas Tun Faisal Di Twitter 


Semalam panas mengenai faizal tahir membidas kenyataan norman Kru yang membat statement industri muzik dan perfileman akan jatuh jika dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Baca Sini= 

PANAS! FAIZAL TAHIR BERDEBAT DENGAN NORMAN KRU DI TWITTER ISU PRU 13


Hari ini Faizal tahir membidas lagi kenyataan Tun Faisal yang telah memerli beliau kerana melatah akibat kenyataan Norman KRU,,walau apa pun,Terbaik dan respect  kat Faizal Tahir sebab berani tegur..


berani kerana benar!!!




Jom Layan Video Lagu


berani kerana benar By yasin Feat faizal Tahir






Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bercinta

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bercinta



















Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bercinta



PETALING JAYA: Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.
Bagaimanapun Ammar, 26, berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah, 28, merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.
“Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut Puteri Sarah dilaporkan sedang mengenali isi hati pengarah filem popular selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama bersama tetapi ia dinafikan oleh Puteri Sarah.
Beritahu Ammar pula, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.
“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.
“Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.
“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.
“Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya,” ujar Ammar.
Dalam perkembangan lain, Ammar mengakui dia kini sudah pun menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang model yang dikenali dengan nama Shella.
Katanya, dia tidak mahu memandang perkara-perkara yang lepas kerana ingin membina kehidupan dengan wanita yang disayanginya itu selain mahu memberikan tumpuan terhadap kerjanya.
“Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.
“Saya juga akan memulakan kerja-kerja ‘modelling’ untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi,” katanya.
Selain itu, bakat Ammar bakal disaksikan di TV1 menerusi program Lambaian Pulau di tidak lama lagi.
Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul tidak kesampaian kerana panggilan telefon tidak dijawab.
Bagaimanapun Yusof Haslam pula mengambil pendekatan enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” katanya ringkas.
mStar

Video Kemalangan Konvoi BN

Video Kemalangan Konvoi Barisan Nasional / BN







Video Kemalangan Konvoi Barisan Nasional / BN


Epic Failed....Nak tunjuk terer, last-last bersepai atas jalan,
geng-geng tengok jer tak berenti...Kah3...nasib baik ada Unit Amal..Syabas Unit Amal....

Mohon Brader naik Honda cup tu sokong pakatan,,,


Saya Suka Pakai Tudung, Walaupun Saya Bukan Islam- Beevia Niels

Saya Suka Pakai Tudung,Walaupun Saya Bukan Islam- Beevia Niels













Saya Suka Pakai Tudung,Walaupun Saya Bukan Islam- Beevia Niels


Semasa scroll down my news feed di facebook tiba-tiba ternampak satu gambar yang mendapat share dan like yang banyak sebab apa?

Sebab gadis bernama Bevia Niels ini bukanlah penganut agama islam,Namun telah menyatakan bahawa dia memang suka bertudung walaupun dia bukan beragama islam,,

Bevia Niels yang tinggal di Tuaran Sabah telah berkongsi gambarnya memakai tudung dan menulis  ayatnya berbunyi begini=


Saya suka pakai tudung :* Walaupun saya bukan Islam (: ini bukan penghinaan semata-mata. Saya cuma... Suka pakai tudung 

Gambar yang dikutip dari facebookya dan twitter= https://twitter.com/BeeviaDeFREAKDO

Mohon untuk share gambar Bevia Niels ... seriously kamu nampak cantik bila memakai shawl mama kamu tue,,,









ZAIN SAIDIN BUATKAN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE-2 PANAS

ZAIN SAIDIN BUATKAN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE-2 PANAS 


















ZAIN SAIDIN BUATKAN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE-2 PANAS 


Dengan tagline Bila dapur menjadi panas, watak lain menjadi jelas, sememangnya banyak kontroversi yang melanda MCSM2.


Salah satu kontroversi yang hangat diperkatakan ialah tindakan Zain Saidin yang meninggalkan dapur MCSM2. Membaca penjelasan Chef Jo di dalam Metro Ahad baru-baru ini, Antara kata-kata Chef Jo:-
Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.


Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-
Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini. 

Lee Chong Wei Juara Terbuka India 2013 -Tahniah!


Lee Chong Wei Juara Terbuka India 2013






Lee Chong Wei Juara Terbuka India 2013


NEW DELHI - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Siri Super Terbuka India 2013 apabila menewaskan pilihan keenam kejohanan, Kenichi Tago dari Jepun.
Dalam gelanggang akhir itu, Chong Wei berjuang penuh bergaya selama 63 minit untu menundukkan Tago dengan kiraan mata 21-15, 18-21, 21-17

Tahiah buat Lee Chong Wei kerana telah menjadi Juara Terbuka India tahun ini sebagai hadiah istimewa buat kelahiran anaknya baru baru ini. Kini pemain nombor satu dunia,

Ustaz Sekolah Agama Di Kedah Belasah Pelajar (Video)

Ustaz Sekolah Agama Di Kedah Belasah Pelajar















Ustaz Sekolah Agama Di Kedah Belasah Pelajar


Video ini baru dimuat naik semalam. Ia memperlihatkan bagaimana seorang pentadbir sebuah sekolah agama melayan salah seorang anak muridnya. Tidak diketahui apa salah budak berkenaan, namun rasanya layanan seumpama itu mungkin agak keterlaluan.




Aksi Gwiyomi Versi Adira AF Comel?

Aksi Gwiyomi Versi Adira AF Comel?













Aksi Gwiyomi Versi Adira AF Comel?







Apr 27, 2013 | Second part gwiyomi by adira on Keek.com

Panas! Faizal Tahir Berdebat Dengan Norman KRU Di Twitter Isu PRU 13

Panas! Faizal Tahir Berdebat Dengan Norman KRU Di Twitter Isu PRU 13

















Panas! Faizal Tahir Berdebat Dengan Norman KRU Di Twitter Isu PRU 13


Tahniah diucapkan kepada Faizal Tahir kerana telah menjawab dengan terang mengenai keterangan yang dibuat oleh Norman KRU  bahawa kita tidak perlu bergantung kepada Umno sahaja

wal hal rezeki itu semua datangnnya daripada Allah SWT.

kepada Faizal Tahir, tahniah diucapkan kerana ''STAND FOR WHAT IS RIGHT
EVEN IF IT MEANS STANDING ALONE''

Kredit