Pages

Fakta Inilah Pencacai Sebenar !!

Inilah Pencacai Sebenar

pencacai

Inilah Pencacai Sebenar


Jika sekarang kita apabila kita ternampak lori Indah Water, sudah pasti ada sesetengah menganggap ia sebagai lori tahi. Memang benar. Tetapi tahukah kita bagaimanakah keadaan pada ketika dahulu mereka menguruskan sistem kumbahan ini? Fakta di bawah ini adalah berkenaan tentang negara Singapura dalam menjalankan operasi pemindahan najis ini. Memang berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang.


Bersiap sedia untuk memunggah.


Sebelum kewujudan tandas dengan sistem pembetungan (penyaliran najis) moden seperti yang sedia ada kini, najis dibawa ke tempat pembuangan (kini loji pemprosesan) melalui kaedah manual! Untuk memberi gambaran yang lebih terperinci kepada mereka yang erm.. berminat (dan tidak sedang makan), pada suatu ketika dahulu semua najis yang dibuang di dalam tandas akan terkumpul di situ di dalam sebuah bekas yang biasanya dipanggil sebagai tong.
Pada setiap hari (mungkin malam), akan ada pekerja yang datang untuk mengangkut tong berisi najis tersebut bagi dibawa ke tempat pengumpulan untuk dibuang. Untuk memudahkan tugas tersebut, setiap tandas perlu dibina di luar rumah. Percaya atau tidak, kaedah mengangkut najis secara manual itu sebenarnya bukanlah suatu sejarah silam yang terlalu lama kerana ia masih digunakan di Singapura & Malaysia dalam dekad 1980-an, iaitu sekitar 26 tahun yang lalu sahaja.
Di Singapura, kaedah mengangkut najis secara manual telah ditamatkan pada 1987 apabila setiap kediaman telah dipastikan mempunyai tandas dengan sistem pembetungan moden. “The night-soil collector, balancing two buckets on a pole, would be a thing of the past” lapor sebuah akhbar pada 24 Januari 1987 mengenai penamatan khidmat ‘tong taik‘ di Singapura. Menurut laporan tersebut, kaedah mengangkut najis secara manual mula diperkenalkan di Singapura pada 1890-an!
Nota tambahan:

-Tidak dapat dipastikan bilakah khidmat ‘tong taik’ di Malaysia ditamatkan. Dengan kawasan yang lebih luas dan penduduk yang lebih ramai, tentulah Malaysia masih menggunakan khidmat tersebut dalam tempoh yang lebih lama selepas Singapura berjaya menamatkannya pada 1987.

-Pekerjaan mengangkut najis secara manual biasanya menjadi bahan lawak kepada kebanyakan orang walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Pastinya ramai yang mengingati watak pengangkut ‘tong taik’ bernama Mat Deris dalam siri komedi Kampung Seri Wangi yang ditayangkan di Malaysia pada 1980-an.

-Kerja pengangkut ‘tong taik’ juga pernah dijadikan bahan cercaan dalam filem 3 Abdul (1964) arahan P. Ramlee di mana watak utama filem itu, Abdul Wahub, memanggil bapa mertuanya, Sadiq Sigaraga, sebagai “pecacai tua angkat najis” (Perkataan rasmi “pecacai” ialah “pecacal” yang bermaksud “pacal” atau “hamba”)

-Satu-satunya visual mengenai pengangkut ‘tong taik’ di Malaysia ada terakam di dalam filem komedi Sikit Punya Gila (1982). Malah watak pengangkut ‘tong taik’ lakonan pelakon misteri itu mempunyai sebaris dialog. Gambar petikan filem di bawah menunjukkan bentuk ‘tong taik’ serta cara mengangkutnya yang berbeza daripada yang terdapat di Singapura (gambar di atas). Apa yang lebih menarik dalam babak selingan filem Sikit Punya Gila itu ialah komentar yang disampaikan dalam dialog lakonan Dharma Harun: “Kau ingat kerja tu hina ke, Mid? Itu pun cari makan jugak. Tu kerja halal tu, Mid“



Lori pengangkut najis yang mempunyai berpuluh pintu.


Pada masa dahulu gaji pencacai atau dikenali sebagai ATM ni mampu mencecah RM350-RM400 sebulan. Jika dikalikan dengan duit pada masa kini adalah persamaanRM4000-RM5000 sebulan. Manager bank pun boleh kalah pada pendapatan pencacai ni dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan