Pages

Mangsa jambatan Kedua runtuh (Bekas Polis) dikebumikan malam ini ALFATIHAH

Mangsa jambatan Kedua runtuh (Bekas Polis) dikebumikan malam ini ALFATIHAH

Tajuddin Zainal Abidin,45

Mangsa jambatan Kedua runtuh (Bekas Polis) dikebumikan malam ini ALFATIHAH


Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam Jumaat.

Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.

Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

"Pada sebelah petang tadi, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya," katanya pada sidang media di sini.

Abdul Rahim berkata bagaimanapun pengecaman bagi mengenal pasti identiti mangsa akan dibuat di bilik mayat HPP dan bedah siasat dijalankan pada pukul 10.30 malam ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan beberapa maklumat yang di perolehi memaklumkan ada mangsa lain terlibat dalam kejadian runtuhan berkenaan.\

"Kita tidak pasti sama ada maklumat (ada beberapa mangsa lain terlibat)yang dapat itu tepat atau tidak tetapi operasi akan diteruskan.

Setakat ini hanya satu laporan polis yang kita terima kehilangan anggota keluarga iaitu dari keluarga mangsa (Tajuddin)," katanya ~mStar

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini sebentar tadi.Jenazah mangsa yang maut dalam tragedi runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang ke Lebuh Raya Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung akan dikebumikan malam ini juga.
Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajuddin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik proses bedah siasat selesai dilakukan.

Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan