ANwar Difitnah Lagi,Jadi Dalang Pencerobohan Lahad Datu Pula

ANwar Difitnah Lagi,Jadi Dalang Pencerobohan Lahad Datu Pula




ANwar Difitnah Lagi,Jadi Dalang Pencerobohan Lahad Datu Pula

Mereka manyatakan seorang perisik dari Fillipina telah mendedahkan sebagai dalang kes isu pencerobohan di Lahad Datu oleh segerombolan tentera sulu,,




Ketua Angkatan Muda PKR Pusat 



Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala

SHAH ALAM 1 MAC: Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.

“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.

Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.

“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.

“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya.

Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.



LAGI...


Krisis Lahad Datu



1. Kebijaksanaan pihak berwajib sangat didambakan pada saat seperti ini. Keselamatan dan kedaulatan negara pastinya tidak boleh dipertaruhkan. Semoga negara, pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu selamat.

2. Ketegasan pihak kerajaan sangat diperlukan agar penceroboh tidak sampai mengancam nyawa rakyat kita serta merendahkan martabat serta kedaulatan negara.

3. Bagi pihak DPPM, saya menyeru semua kita berdoa mohon Allah swt selamatkan kita, negara dan semua rakyat khasnya pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

Ustaz Nasrudin Hassan At tantawi,
Ketua DPPM.






Namun Apa yang Anwar Kata Tentang Krisis dan Insiden pagi tadi yang dikenali Tragedi 1313 Lahad Datu?




DAN APA KOMEN RAKYAT DI FACEBOOK






0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink