Home » , , , , , , , » Kisah Sebenar | Hanya Warga Lahad Datu Tahu Cerita Isu Pencerobohan

Kisah Sebenar | Hanya Warga Lahad Datu Tahu Cerita Isu Pencerobohan

Kisah Sebenar | Hanya Warga Lahad Datu Tahu Cerita Isu Pencerobohan





Kisah Sebenar | Hanya Warga Lahad Datu Tahu Cerita Isu Pencerobohan


GAMBARAN SEBENAR APE YANG BERLAKU D LAHAD DATU OLEH WARGA LAHAD DATU..

"Saya warga Lahad Datu yang bekerja di kuala lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya.

Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.

Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama.

Isu ic projek memang berlaku.

Dan siapa kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?

Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.

Kalau saudara Jason ke lahad datu,


Saudara akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu.

Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan2 polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang2nya.

Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit?.

Mengapa media terhalang membuat liputan?. Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedagkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya.

Harapan saya biar pru13 memihak kepada pembangkang, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan2 diseluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup!! "

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink