Sultan Kelantan Menyempurnakan Penyembelihan Qurban Dengan Tangannya Sendiri
Sultan Kelantan Menyempurnakan Penyembelihan Qurban Dengan Tangannya Sendiri
KOTA BHARU , 17 Oktober - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berkenan berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) diKompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.
Pada majlis itu, Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor daripada 60ekor lembu yang disediakan pada majlis itu.
Baginda turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah korban itu sempenaAidiladha yang disambut umat Islam semalam.
Turut berkenan menyumbangkan lembu korban pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Pertubuhan Kerabat DirajaKelantan Al-Muhammadi, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan orangperseorangan.
Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata daging korban itu akan diagih kepada 1,500 penerima termasuk fakir miskin.Turut hadir Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan ketua jabatanpersekutuan serta negeri. - Bernama
p/s kagum aku dengan sultan nih...
1 ulasan:
respect dgn sultan kelantan. kalaulah semua sultan kat malaysia cenggini, kan best.
Catat Ulasan