Pages
▼
Video Best #7: Awek Ni boleh Buat Lawak Menggunakan Keningnya
Awek ni bukan Rebecca Black yang mampu mencetak hit tinggi di YouTube melalui video muziknya yang sederhana. Tapi awek ni tak perlu melakukan itu, kerana ada cara lain dan lebih murah, lebih menarik dan hanya perlu satu hari untuk mencapai jumlah 500 ribu hit di YouTube. Awek ni Lakukan "Eyebrow Dancing"
tapi awek ni tak sehandal adik kecik berdua ni lagi
KLIKSINI
Osbon Raih RM 350,000 Selaku Juara Maharaja Lawak Mega
Akhirnya debaran Maharaja Lawak Mega Sudah Berakhir,Osbon telah Memenangai tempat pertama dan Boboi ditempat kedua,,
Maharaja Lawak Mega telah mwngumpulkan seramai 41 pelawak terkenal dari 3 negara serumpun iaitu malaysia,Indonesia dan singapura
tahniah kepada Abon Dan Os
Tingginya Awek Model Ini
Inilah Model tertinggi didunai bernama AMAZON EVE,Dia berkerja sebaga model sepenuh masa,berumur 31 tahun dam mempunyai ketinggian lebih dari 2 meter.,
AMAZON EVE mula dikenali sejak penampilannya dmemperagakan bikini di muka depan sebuah majalah pada bulan November yuang lalu,sejak dari itu AMAZON EVE mula dikenali ramai
AMAZON EVE yang berasal dari Turlock,California ini mengakui dia dilahirkan dari baka dari german dan berketurunan belanda.Semua wanita ahli keluarga saya mempunyai ketinggian yang tinggi
Sumber.
Maharaja Lawak Mega,Boboi Atau Osbon,Siapakah Juara
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba,Pertandingan Maharaja Lawak Mega sudah sampai ke kemuncaknya.kumpulan Boboi,Osbon,Seahu dan Syok telah menjadi finalis untuk Maharaja Lawak Mega kali ini,Siapakah yang akan menjadi juara?Osbon atau Boboi boy..
juara akan memenangi wang tunai RM350,000 pada pertandingan Maharaja Lawak Mega ini.Dari yang dilihat selama ini,persaingan 2 kumpulan pelawak osbon dan Boboi sedang bersaing dengan sengit untuk mnedapatkan markah yang tertinggi,.Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon manakala kumpulan Boboi di anggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik..
Siapa yang menjadi maharaja dalam dunia lawak ini?saksikan Final Maharaja Lawak Mega di astro Warna malam ini
video Best #6:Malaysian Marriage Proposal Of The Week Using Internet Memes
Sebenarnya video lamaran ini menjadi hits di dengan jumlah tontonan menghampiri 4 juta dalam masa satu minggu.
Malaysian Marriage Proposal Of The Week Using Internet Memes
beberapa selebriti hollywood selebriti termasuk penyanyi Christina Perri dan presenter American Idol, Ryan Seacrest membuatkan video lamaran Timothy Tiah kepada teman wanitanya Audrey Ooi, semakin terkenal.
Christina Perri mengaku video dengan latar lagunya "A Thousand Years" membuat dia menangis.
Perri mengatakan ia merasa "dihargai" kerana lagunya dipakai dalam video itu.
"Ahh, saya menangis dan tak berhenti- henti tersenyum!" tulis Perri.
Komen lain juga banyak muncul di YouTube dan Vimeo dengan sekitar empat juta orang yang mengklik dalam lebih dari satu minggu.
"Saya juga ingin melamar dengan cara ini," kata salah seorang pengguna di YouTube.
Populariti ini membuat Tiah, seorang usahawan internet berusia 27 tahun terkejut.
.
AzizulHakim: kretif juga lelaki ini..mesti selalu buka laman web meme center..huhu.Dan siapa Nak Tau,Inilah Pengasas Nuffnang Malaysia..
Siapa Yang Lemahkan Melayu-Luahan Nurul Izzah
sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran disemat di hati, semualah menjadi penentu kepada kejayaan kelak.
Mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:
1. Siapa telah memerintah negara selama 54 tahun, tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
2. Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang kemerdekaan Melayu dari tahun 1948 hingga 1957?
3. Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
4. Siapa memberitahu seluruh rakyat raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada 1993?
5. Siapa menghasut agar semua harta raja-raja disiasat dan dirampas pada 1993?
6. Siapa melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada 1988?
7. Siapa hancurkan Umno Lama ditubuhkan tahun 1946 dan ganti dengan Umno Baru pada 1988?
8. Siapa melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti Melayu melalui proses persempadanan semula sejak 1999?
9. Siapa memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?
10. Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 bilion daripada RM52 bilion saham DEB semenjak 1970?
11. Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M kepada Brunei?
12. Siapa menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas dengan mudah?
13. Siapa menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
14. Siapa memberikan lesen judi bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?
15. Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak Melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 bilion dan 8 tahun, sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?
16. Siapa membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebihi RM25 bilion?
17. Siapa menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar penggunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh negara?
18. Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
19. Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil elektrik tinggi, berbanding negara jiran yang bukan pengeluar minyak?
20. Siapa bertanggungjawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan gini coefficient 0.492 yang kedua tertinggi di Asia di mana kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin?
21. Siapa menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
22. Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuh raya tinggi, sedangkan kutipan cukai jalan dan saman, mampu menampung pembinaannya tanpa tol?
23. Siapa membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehingga 15 kali gaji tahunan, berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya lima kali gaji tahunan?
24. Siapa membenarkan syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
25. Siapa untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?
26. Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu, tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?
27. Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim “marginal oil fields” (lapangan minyak pinggiran).
28. Siapakah yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke paras 60 dari 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada 2003?
Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, batu api dan pengkhianat agenda Melayu sebenar, dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.
Melayukini.net – 28 persoalan yang kreatif diutarakan oleh ahli politik generasi muda, Nurul Izzah ini sudah cukup menjentik kita tentang siapakah yang melemahkah melayu dan untuk kita sama-sama fikir-fikirkan.
Islam itu bukan hak melayu mutlak. Islam adalah hak semua bangsa seluruh dunia. Semua pun nak masuk syurga. Mana boleh kita sekat orang lain nak masuk syurga dan mendapat rahmat Allah. Kena ajak India Cina Melayu dan semua bangsa berbilang kaum peluk dan hayati Islam sebagai cara hidup untuk masuk syurga sama-sama. Bagaimana? Walk the talk. Tunjukkan akhlak Islam yang baik. Dunia ini hanyalah sementara. Perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan. Wallahualam.
Informasi Malaysia Kini | Portal Hub Berita Menarik Malaysia
Filem Ombak Rindu 2011 Free Full Download
Filem Ombak Rindu lakonan artis terkenan Aaron Aziz,Lisa Surihani,Maya karin,Bront Palarae dan lain-lain lagi..
Filem Ombak Rindu 2011 Free Download Full
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Filem Ombak Rindu 2011 Free Full Download
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Untuk download Filem Ombak Rindu,Klik Butan Download
Di China Pura-pura Mati Hanya Untuk Mengemis
Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di Cina ini pelik. Si ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, si anak pula lalu berlakon seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang melintas disitu.
Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasipejalan kaki. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis teresak-esak. Anak itu bahkan menundukkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang lalu di tempat itu.
Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, Cina, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang penguatkauasa datang ke lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.
AzizulHAkim: Nampak macam kreatif cara si ibu dan anak berlakon ini ketika mereka meminta sedekah,,China adalah negara industri terbesar..namun ramai lagi rakyatnya yang miskin..
Wanita Tak Sedar Dirinya Sudah Ditusuk Pisau
Moscow - Menyangka dirinya terlepas dari satu rompakan, Julia Popova tak menyedari bahwa sebilah pisau masih tertusuk sedalam 15 cm di belakanya
Kisah gadis berusia 22 tahun itu menjadi perbincangan yang heboh di negaranya. Terutama setelah berbagai suratkabar di Moscow, Jumat (5/2), Julia ia tak merasakan apa-apa, sehingga tak tahu pisau itu masih tertusup pada dirinya.
Pekerja sosial itu mengakui dirinya sempat diserang seorang perompak yang mengambil gelan tangannya. Setelah kejadian itu, Julia berjalan pulang ke rumah orangtuanya selama 40 minit
"Julia terlalu terkejut sehingga tubuhnya tak berasa sakit akibat tikaman pisau itu," Ketika orangtuanya terkejut itulah, baru ia menyedari ada pisau tertusuk tepat di tulang, bagian belakang lehernya.
AZIZULHakim: Pisau Terkena Jari pun sudah terasa sakitnya apatah lagi dibelakang
leher..errr,,ngeri
Video Best #5: Sheikh Zayed Grand Mosque Projections
asalamualaikun dansalam sejahtera,,azizulhakim ada video yang best nak kongsi dekat korang,Sheikh Zayed Grand Mosque Projections,Pertunjukan 3D projection pada dinding Masjid Sheikh Zaid sempena hari kebangsaan UAE 2011..
Sheikh Zayed Grand Mosque Projections from Obscura Digital on Vimeo.
Klik=sini
CUEPACS Bersetuju Laksana SBPA Dengan 2 Pindaan
Sebelum ini Azizul hakim sudah menerangkan pasal skim baru pehidmatan awam SBPA tentang Perlaksanaannya
Rujuk=Sembang Pasal: SBPA luaskan jurang kakitangan dan Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (DOWNLOAD) | AZIZUL HAKIM
selepas itu perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak telah mempersetujui supaya perlaksanaan SBPA ditahngguhkan
Rujuk=Sembang Pasal : SBPA Ditangguhkan Oleh Perdana Menteri | AZIZUL HAKIM
PUTRAJAYA, 27 Dis - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.
Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.
Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.
Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.
Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
-- BERNAMA
Klik=Sini!
Kasihan Orang Tua China Ni Kemalangan Terbaring Di Atas Jalan Namun Seorang Pun Tak Membantu
Di China jika dahulu kita heboh dengan berita tentang anak kecil yang dilanggar oleh sebuah van dan kisah anak kecil menangis mendampingi ibunya yang pengsan di atas jalan .
rujuk sini=budak 2 tahun yang dilanggar dan tidak dipedulikan itu masih koma | AZIZUL HAKIM
Rujuk sini=Kasihan: Anak kecil China menagis menatap Ibunya Yang Pengsan Sorang Pun tak tolong | AZIZUL HAKIM
kali ini ada lagi berita tentang masalah kemasyarakatan rakyat China ini...
Sebuah balai berita di China melaporkan ada seorang lelaki tua yang jatuh di tengah jalan, dia tidak boleh bangun selama 15 minit. Namun tidak ada sesiapa yang menolongnya, bahkan orang-orang hanya sibuk melihat saja.
kenapa mereka tidak menolong pak cik ni?Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang duduk di lantai bas untuk berdiri, dan akhirnya lelaki itu dituduh keluarga nenek tersebut sebagai penyebab cedera itu. lelaki tesebut digugat 130.000 Yuan untuk membayar ubat. namun kedua pihak melakukan negosiasi, si lelaki hanya membayar 40.000 yuan saja.
Ada lagi kejadian yang menimpa seorang mahasiswa di university Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk dilantai, namun mahasiswa tersebut dituduh sebagai penyebab cedera wanita tua tersebut dan di dijatuhi hukuman membayar 80.000 yuan.
Mungkin itulah sebabnya mereka takut untuk membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan...
dgr kata kt china kalau seseorang tu tolong org yg sakit, dia terpaksa tanggung semua kos perubatan org yg dia tolong. undang2 diorg cmtu....rakyat pulak miskin (kot)...xde yg sanggup tolong
AZIZULHAKIM: -Adalah inilah semangat kompetitf Rakyat China yang harus dicontohi seperti seruan pemimpin kita.
- Cuba kita bayangkan jika yang berada di atas jalan tersebut adalah ahli keluarga kita.gamakkah kita membiarkan begitu sahaja..
klik=sini
Qamar Hashim,Photographer Cilik Iraq Baru Berusia 8 Tahun
Qamar Hashim World Youngest Photographer
Qamar Hashim baru berusia 8-year-old bekerja sebagai photographer di Iraq.Qamar Hashim berjalan di sekitar kota Baghdad dan menangkap gambar-gambar yang menarik disekitarnya dengan menggunakan kamera tunggalnya tersebut dan Photographer cilik Qamar Hashim ini telah memenangi beberapa anugerah tempatan , menurut Iraqi Society Photographic (ISP).
berikut adalah soal jawab bersama Qamar Hashim
Bilakah anda mengambil gambar anda yang pertama dan apakah gambar tersebut?
-Saya tidak ingat betul-betul gambar pertama tetapi saya telah meniru bapa saya kerana ketkia saya berusia 4 atau 5 tahun saya mula mengambil gambar-gambar sungai Tigris, gulls, burung, rumah-rumah lama dan tempat-tempat warisan.
Mengapa anda berfikir fotografi adalah penting?
-Fotografi adalah sangat penting. Ia mendokumenkan kehidupan dan menghentikan masa sejenak. Kita boleh menunjukkan bandar, kehidupan dan masyarakat.
Apa yang anda mahu untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang Iraq?
-Saya ingin katakan melalui gambar saya bahawa Iraq adalah amat berharga dan Iraq adalah sangat baik. Iraq adalah aman dan mempunyai sejarah yang besar.
Qamar Hashim World Youngest Photographer
Qamar Hashim World Youngest Photographer
Bagaimana perasaan anda terhadap tentera AS meninggalkan Iraq?
-Saya takut askar AS, mereka memusnahkan rumah keluarga saya yang disewa pada tahun 2003, ketika saya di dalam kandungan lagi. Alhamdulillah keluarga saya selamat dan saya gembira untuk pemergian mereka. Saya bebas dan tidak takut lagi dengan kereta kebal mereka.
Apa yang anda mahu menjadi apabila anda menamatkan pengajian sekolah?
-Saya suka untuk bertindak dan saya ingin menjadi seorang kanak-kanak-aktivis.
apakah foto kegemaran anda,sudahkah anda telah mengambil dan mengapa?
-Gambar kegemaran saya adalah gambar seorang lelaki yang tidur ketika menjual buku-buku di jalan al-Mutanabi . Juga gambar lebah di kelopak bunga ros, saya banyak berlari mengikuti lebah sehingga saya mendapat gambar ini.
Qamar Hashim World Youngest Photographer
Qamar Hashim World Youngest Photographer
Adakah terdapat mana-mana jurugambar yang kamu contohi?
-Terdapat ramai jurugambar yang baik dan saya belajar dari mereka (Adel Qassim, Fouad Shakir, Kareem al-Ba'aj, dan Hameed Majeed).
Adakah terdapat mana-mana gambar yang ingin anda bawa tetapi tidak mampu untuk lagi?
-Gambar-gambar yang berbahaya seperti kebakaran, letupan, insiden lain tetapi saya telah dihantar dari laman web ini. Mereka mengatakan saya seorang kanak-kanak. Juga saya ingin mendapatkan gambar segi tiga burung berhijrah.
Apakah masa depan Iraq kelihatan seperti?
-Saya melihat masa depan yang berkembang maju untuk Iraq terutama apabila keluarga saya memiliki sebuah rumah. Saya suka kepada orang-orang Iraq, rumah saya, dan ia adalah lebih berharga daripada apa-apa lagi.
Qamar Hashim world Youngest Photographer
Qamar Hashim world Youngest Photographer
klik=Sini
Khairul Fahmi Che Mat, Apex Kena Peluk Dengan Siapa Tu?
Jika Sebelum ini Siti Nurhaliza Tampil Sebagai Madonna dalam majalag GLAM,
Khairul Fahmi Che Mat aka Apex jadi Cover Majalah GLAM.
Tipu lah kalau tak kenal siapa Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex,Penjaga gol terhebat Malaysia,Apex digelar sebagai hero dalam perlawanan bola sepak Malaysia kerana banyak mempertahan kan gawang gol malaysia dari jaringan gol pihak lawan,Namun sejak kebelakangan ini banyak gosip yang dilemparkan terhapap Khairul Fahmi Che Mat atau Apex
Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.
Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.
Jadi Anastascia lah yang memeluk apex dalam cover majalah galam tersebut.Gambar cover majalah Glam itu juga turut manyatakan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sebagai “The World Class Goalkeeper”
Dah macam artis Jepun dah Azizulhakim tengok apex ni..Pemain Bola sepak diminati seperti artis terkenal..dah macam Pemain EPL..
Sebelum ini Khairul Fahmi Che mat telah bersuara bahawa beliau akan bersara awal dalam karier bola sepaknya,,
rujuk di halaman ini=Sembang Pasal; khairul Fahmi Che Mat Berhasrat Untuk Bersara Awal | AZIZUL HAKIM
adalah Khairul Fahmi Che Mat betul-betul akan bersara awal?
jika beliau bersara siapakah yang akan menggantikan tempatnya seiring dengan kehebatannya pempertahankan gawang gol Malaysia dari ditembusi gol pihak lawan?
Klik=Sini
Video Best #4 : Awek Ni Tak Sedar Dia Dirakam
awas,awek-awek sekalian berhati-hati dengan kamera tertutup dan terbuka ni..jangan gila kamera sangat tau..nanti awek-awek sekalian dirakam macam ni..huhu
Apa tunggu lagi
Klik=Sini
Perayaan Melukis/Mentatoo Lembu jantan Di China
Di China Lembu jantan yang telah dilukis dengan corak bewarna warni dan cantik telah menarik perhatian ramai..
Lembu ini dilukis atai ditatoo kan kerana mereka percaya untuk menghalau penceroboh dan menjaga keselamatan kampung mereka
penduduk di Jiangcheng County, Wilayah Yunnan, China Menghiasi lembu jantan mereka untuk pesta, tetapi tradisi bermula dari kumpulan kecil Cina yang percaya lukisan lembu jantan mereka akan melindungi kampung mereka.
menurut kisah kaum minoriti hani,Lembu yang dicat ini dapat menghindari dari ancaman harimau dikampung mereka.Namu sekarang,perayaan ini disambut atas tujuan hanyalah mempamerkan karya seni mereka sahaja.
Secara keseluruhan 48 pasukan menyertai China-Laos-Vietnam Bull Art Festival tahun ini.lembu-lembu ini telah disoleh dan mendapat perubahan yang drastik sekali.lukisan pada lembu jantan tersebut menghuraikan corak kehidupan,masyarakat disana,
Orang-orang Hani di China terutama tersebar di seluruh daerah-daerah di Sungai Honghe di Provinsi Yunnan.
Mereka mempunyai penduduk seramai 1.4 juta, kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian.
Hampir semua orang-orang Hani menyembah alam semula jadi, hantu dan roh-roh dan nenek moyang dan ikut kepercayaan bahawa segala-galanya di dunia mempunyai satu jiwa.
Lembu ini dilukis atai ditatoo kan kerana mereka percaya untuk menghalau penceroboh dan menjaga keselamatan kampung mereka
penduduk di Jiangcheng County, Wilayah Yunnan, China Menghiasi lembu jantan mereka untuk pesta, tetapi tradisi bermula dari kumpulan kecil Cina yang percaya lukisan lembu jantan mereka akan melindungi kampung mereka.
menurut kisah kaum minoriti hani,Lembu yang dicat ini dapat menghindari dari ancaman harimau dikampung mereka.Namu sekarang,perayaan ini disambut atas tujuan hanyalah mempamerkan karya seni mereka sahaja.
Secara keseluruhan 48 pasukan menyertai China-Laos-Vietnam Bull Art Festival tahun ini.lembu-lembu ini telah disoleh dan mendapat perubahan yang drastik sekali.lukisan pada lembu jantan tersebut menghuraikan corak kehidupan,masyarakat disana,
Orang-orang Hani di China terutama tersebar di seluruh daerah-daerah di Sungai Honghe di Provinsi Yunnan.
Mereka mempunyai penduduk seramai 1.4 juta, kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian.
Hampir semua orang-orang Hani menyembah alam semula jadi, hantu dan roh-roh dan nenek moyang dan ikut kepercayaan bahawa segala-galanya di dunia mempunyai satu jiwa.
Teknologi: Apple Merancang Menggunakan Bateri Hidrogen Untuk iPhones Dan iPods
Apple akan mengeluarkan sejenis bateri yang dihasilkan daripada sel-sel hidrogen,Supaya tenaga dalam beteri dapat bertahan selama beberapa minggu
Dalam pembangunan Bateri hydrogen,
Apple hanya meneruskan prosas pemotongan reka bentuknya sahaja untuk mewujudkan sumber tenaga baru untuk produk-produk mereka seperti iPhone dan iPad.
syarikat apple dengan berani menyatakan bahawa bateri ini akan bertahan selama beberapa minggu tanpa dicas semula.
dengan penggunaan bateri hidrogen ini,ia akan membuatkan iPhone dan iPad lebih ringan disamping itu ia juga akan menjaga alam sekitar
Dengan menukar dari bateri standard yang menggunakan bahan kimia toksik kepada hidrogen, teknologi baru ini hanya menggunakan air dan tenaga elektrik.
Idea teknologi bahan api hidrogen bukan baru, tetapi ini adalah petunjuk jelas dengan tepat apa yang syarikat itu bercadang untuk lakukan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan iPod atau iPhone.
Apple melaporkan bahawa pusingan pertama permohonan patern mengenai subjek bateri hydrogen ini datang pada bulan Oktober apabila mereka memfailkan kertas yang menyebut 'bahan api yang lebih ringan dan lebih berkesan dengan menggunakan sel-sel hidrogen'.
Dalam pembangunan Bateri hydrogen,
Apple hanya meneruskan prosas pemotongan reka bentuknya sahaja untuk mewujudkan sumber tenaga baru untuk produk-produk mereka seperti iPhone dan iPad.
syarikat apple dengan berani menyatakan bahawa bateri ini akan bertahan selama beberapa minggu tanpa dicas semula.
dengan penggunaan bateri hidrogen ini,ia akan membuatkan iPhone dan iPad lebih ringan disamping itu ia juga akan menjaga alam sekitar
apple hydrogen fuel cell
apple hydrogen fuel cell
Dengan menukar dari bateri standard yang menggunakan bahan kimia toksik kepada hidrogen, teknologi baru ini hanya menggunakan air dan tenaga elektrik.
Idea teknologi bahan api hidrogen bukan baru, tetapi ini adalah petunjuk jelas dengan tepat apa yang syarikat itu bercadang untuk lakukan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan iPod atau iPhone.
apple hydrogen fuel cell
Apple melaporkan bahawa pusingan pertama permohonan patern mengenai subjek bateri hydrogen ini datang pada bulan Oktober apabila mereka memfailkan kertas yang menyebut 'bahan api yang lebih ringan dan lebih berkesan dengan menggunakan sel-sel hidrogen'.
9 Januari Bakal Darurat Dengan Risalah 901 Bebaskan Anwar
KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.
jika anwar didapati bersalah?
Adakah peristiwa Reformasi 98 di Dataran Merdeka 13 tahun yang lalu bakal berulang kembali?
Ini adalah Kempen risalah Yang Menyatakan Bahawa Ada satu perhimpunan besar-besar akan diadakan yang akan mengambalikan detik-detik Perhimpunan Reformasi 98 bagi membebaskan Anwar Ibrahim
tarikh yang tertera diatas risalah tersebut pada 9januari ini,mereka menggunakan slogan 901 Rakyat Hakim Negara,9 januari bakal darurat adalah hari yang didakwa mereka Hari Keramat Sistem Kehakiman Negara dilacurkan sekali lagi sebagai alat Konspirasi Politik.
Perancangan Perhimpunan ini bakal melibatkan gerakan besar-besaran oleh sebahagian besar gologan mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia selain dari beberapa kumpulan lain seperti Majlis Peguam yang akan terus memainkan isu hak LGBT melalui Walk For Freedom dengan dibantu oleh talibarut dari dalam UMNO sendiri. Kesemua kumpulan yang terlibat adalah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 50 ahli kumpulan dalam BBM masing-masing bagi memastikan pergerakan yang benar-benar besar dan berkesan.
menurut berita lagi mereka telah ditaja dan diberikan dana wang ringgit dan telefon bimbit masing-masing agar perhimpunan kali ini benar-benar berjaya.
Matlamat Anwar ialah menggulingkan terus kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran pada hari tersebut. Jika matlamat ini tidak mampu dicapai dalam hari yang sama, Anwar perlu memastikan agar pergerakan ini berterusan selama mungkin dengan tekanan dari rakan-rakannya di barat ditingkatkan sehingga memaksa kerajaan Malaysia mengalah atau digulingkan.
Bermula 9 Januari ini, mahasiswa-mahasiswa Melayu Islam yang memuja Anwar kerana benar-benar percaya akan ketokohan beliau sebagai seorang pejuang Islam tulen,akan turut serta menyokong kebebasan bersuara dan berpolitik jelas selaras dengan desakan pemansuhan AUKU .
Menurut Umno mahasiswa-mahasiswa yang menyokong Anwar telah di "brainwash" mereka agar anwar mendapat sokongan padu dari kumpulan-kumpulan terpelajar..bukan anwar sahaja malah sebelum ini Umno pun telah Membasuh otak para pelajar dalam program yang dianjurkan mereka..dengan adanya mahasiswa jelas sekali mahasiswa juga begitu mengambil berat dan mengkaji tentang isu politik.
adakah anwar akan berjaya?? kita tunggu 9januari ini..
Sumber
sumber2
Klik=Sini
jika anwar didapati bersalah?
Adakah peristiwa Reformasi 98 di Dataran Merdeka 13 tahun yang lalu bakal berulang kembali?
Ini adalah Kempen risalah Yang Menyatakan Bahawa Ada satu perhimpunan besar-besar akan diadakan yang akan mengambalikan detik-detik Perhimpunan Reformasi 98 bagi membebaskan Anwar Ibrahim
tarikh yang tertera diatas risalah tersebut pada 9januari ini,mereka menggunakan slogan 901 Rakyat Hakim Negara,9 januari bakal darurat adalah hari yang didakwa mereka Hari Keramat Sistem Kehakiman Negara dilacurkan sekali lagi sebagai alat Konspirasi Politik.
Perancangan Perhimpunan ini bakal melibatkan gerakan besar-besaran oleh sebahagian besar gologan mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia selain dari beberapa kumpulan lain seperti Majlis Peguam yang akan terus memainkan isu hak LGBT melalui Walk For Freedom dengan dibantu oleh talibarut dari dalam UMNO sendiri. Kesemua kumpulan yang terlibat adalah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 50 ahli kumpulan dalam BBM masing-masing bagi memastikan pergerakan yang benar-benar besar dan berkesan.
menurut berita lagi mereka telah ditaja dan diberikan dana wang ringgit dan telefon bimbit masing-masing agar perhimpunan kali ini benar-benar berjaya.
Matlamat Anwar ialah menggulingkan terus kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran pada hari tersebut. Jika matlamat ini tidak mampu dicapai dalam hari yang sama, Anwar perlu memastikan agar pergerakan ini berterusan selama mungkin dengan tekanan dari rakan-rakannya di barat ditingkatkan sehingga memaksa kerajaan Malaysia mengalah atau digulingkan.
Bermula 9 Januari ini, mahasiswa-mahasiswa Melayu Islam yang memuja Anwar kerana benar-benar percaya akan ketokohan beliau sebagai seorang pejuang Islam tulen,akan turut serta menyokong kebebasan bersuara dan berpolitik jelas selaras dengan desakan pemansuhan AUKU .
Menurut Umno mahasiswa-mahasiswa yang menyokong Anwar telah di "brainwash" mereka agar anwar mendapat sokongan padu dari kumpulan-kumpulan terpelajar..bukan anwar sahaja malah sebelum ini Umno pun telah Membasuh otak para pelajar dalam program yang dianjurkan mereka..dengan adanya mahasiswa jelas sekali mahasiswa juga begitu mengambil berat dan mengkaji tentang isu politik.
adakah anwar akan berjaya?? kita tunggu 9januari ini..
Sumber
sumber2
Klik=Sini
Sembang pasal: 7 Tahun Tsunami Sudah Di Acheh Berlalu
7 Tahun Tsunami Sudah Di Acheh Berlalu
Bagi mengenang tujuh tahun peristiwa Tsunami 2004 yang meragut nyawa lebih 160,000 penduduknya, hari ini lebih 6,000 anggota masyarakat Aceh berkumpul di Padang Golf, Lhok Nga, Aceh Besar, untuk acara berzikir dan berdoa.
Acara peringatan peringkat pusat itu turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jepun.
Lebih 160,00 penduduk Aceh terbunuh manakala ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tsunami paling dahsyat di negeri itu tujuh tahun
lalu yang melanda hampir seluruh kawasan penempatan di sepanjang pantai
Aceh.
7 Tahun Tsunami Sudah Di Acheh Berlalu
Secara keseluruhannya Tsunami 2004 mengorbankan sejumlah kira-kira 230,000 orang di seluruh dunia.
7 Tahun Tsunami Sudah Di Acheh Berlalu
Klik=sini
Bapa Cipta Basikal Pelik Untuk Anak
Seorang bapa di China Menghabiskan masa selama 2 bulan bagi menyiapkan sebuah basikal unui dan gergasi bersama seorang rakannya,Basikal gergasi ini khas untuk anaknya yang berusia 25 tahun.
Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.
bapa ini membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.
Menurut keluarga , mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen.
azizulhakim: dari penat mengayuh basikal bergasi ni baik pasang sebuah enjin..lagi senang..tak perlu kayuh dah..
klik=Sini
Sermbang Pasal: Ibu Adalah Kunci Utama Keharmonian Keluarga
"Ibu-Ibu Engkaulah Ratu Hatiku".Ayat ini selalu kita dengari di corong TV dan Radio. Sebenarnya menjadi seorang suri rumah tangga sering dianggap remeh oleh kebanyakan orang. Namun di sebalik itu, Ibu ternyata menjadi 'kunci utama' keharmonian keluarga.
ibu adalah sekolah pertama untuk anak-anaknya, tempat dimana anak mendapat asuhan dan diberi pendidikan pertama bahkan mungkin sejak dalam kandungan.
Betapa pentingnya peranan seorang ibu, ibu hamil, dan bahkan calon ibu.sehingga ia harus mendapatkan perhatian serius. Ibu harus dilindungi dari segi pemakanan dan kesehatan.
Kehadirannya bukan hanya karena menjadi ladang persemaian benih atau tempat menumbuhkan generasi baru, namun peranan lain yang lebih besar. Ibu adalah penentuk segala tingkah laku dan keharmonian dirumah
Para ibu bertanggungjawab menyusun wilayah-wilayah mental serta sosial dalam pencapaian kesempurnaan serta pertumbuhan anak degan baik.Namun kegagalan yang terjadi diakibatkan oleh pemisahan wanita dari tanggungjawab utama mereka.
1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.
2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.
3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.
4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.
5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.
Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.
Video Best #3: Tips dan Cara Terbaik Untuk keluar Dari Kelas
asalamualaikum,siapa yang belum tidur,harini aku tak boleh tidur pulak,entah lah kenapa..
so,aku nak kongsikan kat korang satu video best ni,
Cara Terbaik Untuk Keluar dari Kelas..
klik= sini
Gambar Best #25: Awek Cun Tapi Perangai Hodoh #2
awek cun no 1
Jika dulu kita lihat gambar awek cun tapi perangai Hodoh 1=Gambar Best #24: Awek Cun Tapi Perangai Hodoh
kalini aku nak kongsikan lagi gambar awek cun tapi perangai hodoh #2..
jom kita tengok..
awek cun no 2
ni haa..awek bawah ni..
awek gila...memeleh dekat kain
awek dalam proses melebatkan bulu ketiak..
hai awak..hehe uuucaaaak
Klik=Sini