Shila Amzah Akan Berangkat Ke Amerika Syarikat | World Music Award 2012

Shila Amzah Akan Berangkat Ke Amerika Syarikat | World Music Awards 2012



































Shila Amzah Akan Berangkat Ke Amerika Syarikat | World Music Award 2012 |Shila Amzah Bakal Adakan Konsert Amal Untuk Gaza



Penyanyi Shila Amzah berasa lega apabila permohonan visa untuk dia mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA 2012) akhirnya diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pada tengah hari Selasa.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.
"Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal.
"Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu.
"Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu)," kata Shila yang akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala.
Dari kiri: Datuk Ramli MS, Dr. Vida, Shila Amzah dan ND Lala.


Dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.
WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.
Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.


SHILA AMZAH SATU-SATUNYA ARTIS BERTUDUNG TERCALON DI WORLD MUSIC AWARDS |WORLD'S BEST FEMALE ARTIST



Shila Amzah Bakal Adakan Konsert Amal Untuk Gaza

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.
Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini.
"Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri.

"Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang.
"Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin," ujarnya.
Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my. M-Star

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink