Pages

Rompakan Hong Leong Bank Di Tesco Penang (Video)

Rompakan Hong Leong Bank Di Tesco Penang (Video)




















Rompakan Hong Leong Bank Di Tesco Penang (Video)




Hong Leong Bank di rompak dengan perompak yang mengiringi sebuah pisau samurai sebagai senjata. Rompakan Berjaya dan tiada tindakan halangan dibuat oleh pihak tertentu.....





Bila kita melihat video diatas  tiada sebarang respon dan halangan terhadap perompak itu,,walaupun ada pegawai keselamatan dan  orang awam melalui dihadapan bank tersebut..ada beberapa kali kedengaran suara

"Pi Telefon Polis,,Pi Talefon Polis"
Alahai Hang gi La Telefon Polis,,..Adoyai 

Inilah Sebab Adam Corrie Lee Abdullah Memilih Islam


Inilah Sebab Adam Corrie Lee Abdullah Memilih Islam 

















Inilah Sebab Adam Corrie Lee Abdullah Memilih Islam 



Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga Cina yang menganut agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh memeluk Islam?

  1. Kaabah. - saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
  2. Bersahabat baik dengan anak Ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
  3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.


Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik kepada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; "Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya 

Alhamdulillah


source

Wawa Zainal Kini Selesa Bertudung


Wawa Zainal Kini Selesa Bertudung


















Wawa Zainal Kini Selesa Bertudung

“Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah ke arah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya,” ujar Wawa Zainal ketika mengulas desas-desus yang mendakwa dia kini tampil bertudung setelah dilihat beberapa kali tampil di khalayak dengan imej wanita muslimah.


“Kalau ada yang ternampak saya memakai tudung di luar, mereka memang tidak salah orang. Saya selalu pakai tudung sekarang ini. Cuma bukan secara kekal. Belum terfikir untuk berubah sepenuhnya. Saya tidak mahu berubah secara drastik, tetapi biarlah berperingkat. Sekarang ini saya mempelajari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama dan juga kelas mengaji Al-Quran. Saya mahu memperbaiki diri,” ujar pelakon yang sedang meningkat naik ini.


Dalam masa yang sama, Wawa juga menyangkal pendapat yang mengatakan dia cuba untuk berubah kerana terpengaruh dengan Aeril Zafrel yang kononnya adalah teman lelakinya ketika ini.










“Saya dan Aeril Zafrel hanya kawan biasa. Dia tidak pernah cuba mempengaruhi saya dengan apa-apa pun. Saya mahu berubah kerana kehendak diri sendiri. Bukan atas desakan sesiapa. Kesedaran itu muncul dengan sendiri. Sebagai umat Islam, saya rasa bertangungjawab untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Saya tidak malu mengaku yang saya tidak fasih mengaji.


Sebab itu, saya pergi belajar mengaji dengan seorang ustazah. Jika ditakdirkan saya berubah dan ingin terus memakai tudung, Alhamdulillah,” ujar Wawa lagi.


Ditanya adakah dia bersedia melepaskan kerjaya lakonannya seandainya dia bertudung nanti, Wawa dengan yakin memberitahu dia tidak ada masalah berbuat demikian.


“Saya tidak ada masalah hendak bertudung. Kalau Allah sudah buka pintu hati saya, apa salahnya. Lagipun, itu kewajipan kepada wanita Islam. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau dengan bertudung saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon, saya percaya ada rezeki lain untuk saya,” ujar Wawa berkeyakinan.

Cikgu Seksi Berjaya Tarik Minat Pelajar Hadir Ke Kelas

Cikgu Seksi Berjaya Tarik Minat Pelajar Hadir Ke Kelas







Cikgu Seksi Berjaya Tarik Minat Pelajar Hadir Ke Kelas


Seorang guru Bahasa Korea telah membuat satu kelas kosong menjadi kelas penuh di sekitar Tsinghua. Bagaimana guru ini melakukannya? Cuba anda tengok sendiri.







Dia telah memakai pelbagai fesyen yang menarik perhatian orang ramai dan menunjukkan sikit sifat anime. Namun penampilannya telah mendapat teguran orang ramai di kawasan itu. Jadi bagi anda, bukankah ini satu perkara yang bagus apabila ramai orang minat belajar? Atau anda fikir fesyen guru ini memang kurang sesuai?




Gadis Hilang Dicari - Nadzirah Asyikin

Gadis Hilang Dicari - Nadzirah Asyikin, Kali Terakhir Dilihat di Eastern Plaza & KFC




Gadis Hilang Dicari - Nadzirah Asyikin, Kali Terakhir Dilihat di Eastern Plaza & KFC



Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb.
Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'.
Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868.
Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan.


Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua

Jambatan Runtuh Di Putrajaya, Info Laluan Altenatif 28 Feb 2013

Jambatan Runtuh Di Putrajaya, SIla Guna Laluan Altenatif 28 Feb 2013
















Jambatan Runtuh Di Putrajaya, SIla Guna Laluan Altenatif 28 Feb 2013


Jambatan Menuju ke Putrajaya Runtuh berlaku petang tadi 28 feb 2013 setahu tiada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan jambatan ini.Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Runtuhan berpunca daripada paip pecah.Pengguna tegar laluan ini dinasihatkan mencari laluan alternatif.Pengguna boleh merujuk laman web PLUS untuk maklumat lanjut.






















Laluan Altenatif Untuk Ke Putrajaya



Video: Harlem Shake Vs Gangnam Style Battle ( apabila harlem shake dan gangnam style dalam satu masa)

Video: Harlem Shake Vs Gangnam Style Battle ( apabila harlem shake dan gangnam style dalam satu masa)















Video: Harlem Shake Vs Gangnam Style Battle ( apabila harlem shake dan gangnam style dalam satu masa)



sekarang ini terdapat trend baru di dunia "Youtube" yang katanya akan mengalahkan trend yang di buat oleh Psy dengan gangnam style nya, trend terbaru ini dinamai Harlem Shake, hampir semua penonton you tube mengetahui apa itu Harlem Shake yang dengan pantas merebak ke seluruh dunia.

Tarian gila Harlem Shake memang unik dengan penampilan "dancernya" yang bermula dengan gaya yang perlahan dan di ikuti tarian  bak "orang gila" :D ,  disinilah daya tarikan Harlem Shake tersebut.


ramai yang menyebut bahawa harlem Shake akan menjatuhkan tarian Gangnam Style?


Adakah benar sangkaan itu? jom kita lihat Battle antara Gangnam Style vs Harlem Shake, Siapakah yang lebih menggilai dunia




Salih Yaacob Bersara? Akibat Sinar FM Diboikot


Salih Yaacob Bersara? Akibat Sinar FM Diboikot














Salih Yaacob Bersara? Akibat Sinar FM Diboikot



KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52,
mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang,
bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Baca: Video Salih Yaacob akal pendek kutuk PKR

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal
kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini


p/s: Masyuk banyak ke ..hingga nak bersara..

Source

Fesyen Muslimah Paling Pelik Abad Ini


Fesyen Muslimah Paling Pelik Abad Ini






Fesyen Muslimah Paling Pelik Abad Ini


Terbeliak Biji Mata ! Kerana Apa?

Terbeliak Biji Mata ! Kerana Apa? - Ustaz Kazim Elias



















Terbeliak Biji Mata ! Kerana Apa? - Ustaz Kazim Elias



Wanita Bertudung Ini Adalah Seorang Sniper Di Syria

Wanita Bertudung Ini Adalah Seorang Sniper Di Syria












Wanita Bertudung Ini Adalah Seorang Sniper Di Syria

Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..


Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..
Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..
Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu..Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..
“Saya suka bertempur..Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..
“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega..Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriakyes” katanya..
Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain..Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan..





Gambar Nora Danish Main Buih Dan Basuh Kereta Bersama Anaknya

Gambar Nora Danish Main Buih Dan Basuh Kereta Bersama Anaknya







Gambar Nora Danish Main Buih Dan Basuh Kereta Bersama Anaknya




Nora Danish baru-baru ini memuat naik gambar dia dan anaknya membasuh kereta dalam Facebooknya.
Walaupun ia cuma aktiviti biasa, Nora mungkin merasakan ia adalah antara aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama anak tercintanya, maklumlah dia sendiri semakin sibuk mendapat undangan berlakon sejak akhir-akhir ini.
Jadi mungkin aktiviti sebegini salah satu cara untuk dia merapatkan lagi hubungan mereka anak beranak.
Masing-masing ada ‘style’ tersendiri untuk bersama insan yang tersayang…anda pula bagaimana?



Surat Untuk Aaron Aziz

Surat Untuk Aaron Aziz


















Surat Untuk Aaron Aziz


Lawak betul budak yang menulis surat ini kalau betul minat dengan Aaron Aziz sekali pun tak perlulah sampai nak cerai beraikan rumah tangga orang. cinderella...

source




Ustaz Azhar Idrus Nafikan TGNA Kata Penerima BR1M Haiwan

Ustaz Azhar Idrus Nafikan TGNA Kata Penerima BR1M Haiwan















Ustaz Azhar Idrus Nafikan TGNA Kata Penerima BR1M Haiwan


KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).
Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.
Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..
Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..
Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....
Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

Source

Lelaki Jamaica Ini Berkebun Ganja, Demi Pernikahan Anak

Lelaki Jamaica Ini Berkebun Ganja, Demi Pernikahan Anak
















Lelaki Jamaica Ini Berkebun Ganja, Demi Pernikahan Anak




Seorang ayah selalu ingin melihat anaknya bahagia. Demikian pula Wayne Longley, 47 tahun. Lelaki yang memiliki kedai bahan bangunan di Latham Lane, Gomersal, Leeds, Inggris ini ingin pergi ke pernikahan anaknya di Jamaica akhir tahun ini.
Namun krisis ekonomi yang menghantam Eropah ikut mengembosi bisnisnya. Maka, dia mulai menanam ganja di bawah garajnya. Di dalam bunker buatannya itu, ia menanam beberapa pohon ganja.
Dilansir tempo, Polis sebenarnya sudah mencurigainya. Pada 23 November tahun lalu, polii sempat menggeledah rumahnya. Namun polis pulang dengan tangan hampa. Paginya, polis balik lagi. Mereka menemukan jendela tersembunyi di garaj. Setelah diperiksa, jendela itu membawa ke dua kamar yang digunakan untuk menanam 31 pohon ganja. Untuk menghidupkan tanaman itu, Wayne mencuri elektrik . Tanaman terlarang itu senilai GBP 16 ribu.
Wayne akhirnya dibawa ke pengadilan. Wayne mengaku bersalah kerana sudah menanam ganja dan mencuri elektrik. Pengadilan Leeds, menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan masa percubaan selama dua tahun. Dia juga wajib pekerjaan sosial tanpa dibayar selama 150 jam. Sedangkan garaj kebun ganjanya juga  dirobohkan.


Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza

Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza





























Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza







PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki mengakui sudah berhijrah mendalami ajaran agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, perubahan itu berlaku selepas sebulan dia pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu.

"Saya tidak tahu adakah kenyataan yang saya berikan ini adalah yang tepat. Tetapi memang benar, saya sudah berhijrah.

"Apabila pulang dari Gaza, selama sebulan jiwa saya tidak tentu arah, tambah pula dengan memikirkan rakyat Palestin yang hidup susah di negara mereka.

"Kemudian, saya terus berjumpa dengan seorang ustaz yang juga merupakan delegasi Aqsa Syarif (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) menceritakan perkara yang berlaku dalam diri. Alhamdulillahlah, perbincangan kami telah menemui jawapan di mana diri saya sendiri yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.

Tambah Afdlin, dia pada mulanya gusar, adakah dia patut meninggalkan dunia hiburan serta merta atau meneruskan perjuangan sebagai insan seni selepas menemui hidayah. Namun dia diberi nasihat untuk terus sambung berkarya tetapi dengan cara berdakwah pula.

"Jika dahulu, selain minat berkarya, niat menghasilkan filem lebih berunsur perniagaan dan wang, tetapi sekarang ini saya mahu memberikan mesej pengajaran pada masyarakat.

"Lagipun, jika dilihat pada filem-filem saya terdahulu, ia sememangnya sudah ada unsur pengajaran. Cuma elemen karya yang akan dihasilkan pada masa akan datang nanti lebih kepada unsur agama, Insya-Allah," ujarnya.

Beritahu Afdlin lagi, sejak mendapat hidayah, dia telah pun menghasilkan sebuah lagu untuk penyanyi Datuk Shiela Majid berbentuk ketuhanan.

Sementara itu, lakonan Afdlin bersama pelakon Harun Salim Bachik (Boboi) dapat disaksikan menerusi filem Lawak Ke Der 2 yang bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara bermula 7 Mac depan.

Lawak Ke Der 2 diambil daripada pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya (IB) pada tahun lalu dan dipadatkan dengan lawak-lawak terbaik yang dipersembahkan oleh kumpulan Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil.

Pencerobohan Lahad Datu Hanyalah Sandiwara


Pencerobohan Lahad Datu Hanyalah Sandiwara




























Pencerobohan Lahad Datu Hanyalah Sandiwara


KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.


“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. ~keadilandaily

Video Salih Yaacob Dan Nabil Kutuk Pakatan Rakyat Bakal Terima Kritikan


Video Salih Yaacob Dan Nabil Kutuk Pakatan Rakyat Bakal Terima Kritikan





























Video Salih Yaacob Dan Nabil Kutuk Pakatan Rakyat Undang Kritikan



KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.

Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".

Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.

Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.

"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.

"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.

"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.

"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.

Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.

"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.

"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.