Gambar 15 Peserta Flash Mob Depan SOGO Di Tahan Polis


Gambar 15 Peserta Flash Mob Depan SOGO Di Tahan Polis






Gambar 15 Peserta Flash Mob Depan SOGO Di Tahan Polis


KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

“Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.


falshmob

Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman.“Ada yang berucap secara ringkas.

Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pamnadu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon.“Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap.

Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis,” katanya.Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun). ~keadilandaily







0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink