Proton Saga SV (Super Value) Harga Serendah RM33,888

Proton Saga SV (Super Value) Harga Serendah RM33,888




Proton Saga SV (Super Value) Harga Serendah RM33,888



ETALING JAYA 15 Jun - Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

"Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

"Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

"Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

"Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya. - UTUSAN 

Untuk Mendapatkan Spesifikasi yang Detail sila layari = http://www.proton-edar.com.my/Experience/Models/Saga-Fl/PricingSpecs-(4).aspx#info

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink