Gambar Pernikahan Betty Benafe Dan Bruce Dargus

Gambar Pernikahan Betty Benafe Dan Bruce Dargus






















Gambar Pernikahan Betty Benafe Dan Bruce Dargus




Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau dikenali sebagai Betty Benafe, 33 telah bergelar isteri kepada seorang jejaka berketurunan Arab, bernama Bruce Dargus di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Villa, Kempas, Johor, tepat jam 2 petang tadi. Bruce Dargus yang dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal berwakil wali adik lelaki kepada Betty Benafe, iaitu Rifqi Benafe dengan sekali lafaz mengikatkan tali perkahwinan mereka beserta dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Betty Benafe mengenakan busana berwarna putih bersesuaian dengan tema Arab menerima 5 dulang hantaran berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air,  sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih. Manakala, Bruce Dargus yang segak mengayakan pakaian sut menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah & sirih junjung.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.
Selain daripada ahli keluarga, majlis pernikahan dan perkahwinan kedua-dua mempelai turut dijayakan oleh pasukan jurufoto & videographer rasmi,Saza Studio & LH Mediatv dan juruacara majlis, Acad.
Betty Benafe & Bruce Dargus dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.








0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink