Rajagopal Yakin Malaysia Dapat kalahkan Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012


Rajagopal Yakin Malaysia Dapat kalahkan Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012




















Rajagopal Pasti Malaysia Dapat kalahkan Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012



Datuk K. Rajagobal iaitu ketua jurulatih bola sepak kebangsaan yakin anak buahnya berupaya menundukkan Thailand pada kejohanan Piala AFF Suzuki walaupun Malaysia tidak pernah mencapai kemenangan dalam perlawanan dengan negara itu sejak 2004.

Malaysia dan Thailand akan bertemu pada perlawanan separuh akhir pertama kejohanan itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.

Rajagobal bagaimanapun berkata jika diambil kira rekod tanpa kalah Thailand dalam perlawanan Kumpulan A di Bangkok baru-baru ini, maka pasukan yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer itu mempunyai kelebihan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

"Mereka (Thailand) juga mempunyai pemain yang hebat di semua bahagian dan oleh itu saya harap para pemain akan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan penting ini.

"Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat para pengurus pasukan di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Rajagobal berkata musim hujan yang sedang melanda ibu negara sekarang tidak memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mencatat kemenangan selesa kerana lawan mereka juga bermain dalam keadaan serupa ketika bertemu Filipina di Bangkok pada 24 November.




Malaysia Vs Thailand Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012


Sementara itu, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad negara mampu menempah tiket ke perlawanan akhir memandangkan kini mereka hanya berada beberapa langkah sahaja untuk mempertahan gelaran juara yang diraih untuk julung kalinya di Indonesia pada 2010.

"Kita hanya meletakkan sasaran separuh akhir pada permulaan kejohanan, namun kita semakin menghampiri kemuncak kejohanan.

"Kalau kita dapat keputusan bagus pada perlawanan malam esok, Insya-Allah, saya yakin bahawa pasukan kita berpeluang cerah untuk muncul juara buat kali kedua," katanya.

Beliau turut menyeru 'pemain ke-12' iaitu penyokong tempatan supaya membanjiri Stadium Nasional malam esok untuk memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya seperti yang mereka lakukan pada perlawanan skuad itu dengan Indonesia pada 1 Disember.

"Kalau penyokong tempatan memenuhi stadium esok, saya yakin ia akan memberikan satu semangat yang amat luar biasa kepada para pemain, namun saya turut berharap mereka (penyokong) datang dengan cara berhemah kerana Thailand datang ke negara ini sebagai tetamu yang harus diberi layanan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Schafer berkata rekod tanpa kalah Thailand dalam kesemua tiga perlawanan yang dilaluinya sebelum ini menjadi fakor penting yang meyakinkan pasukan itu bahawa mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir.

"Saya boleh mengatakan peluang kami ialah 50-50 kerana Malaysia juga merupakan pasukan kuat dan saya mengingatkan para pemain saya supaya berwaspada dengan ancaman berbahaya daripada barisan serangan Malaysia.

"Satu lagi faktor ialah bukan sesuatu yang mudah bermain di hadapan penonton yang memenuhi stadium seperti yang saya saksikan ketika Malaysia menentang Indonesia sebelum ini," katanya sambil menyatakan bahawa Thailand akan menurunkan semua pemain utamanya pada perlawanan esok.

Untuk rekod, Malaysia kalah 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2000 di Bangkok (dahulunya dikenali sebagai Tiger Cup). - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink