Pages

Revolusi Islam,Mengembalikan Khilafah Islam,Allahu Akbar!

Revolusi Islam,Mengembalikan Khilafah Islam,Allahu Akbar!











Revolusi Islam,Mengembalikan Khilafah Islam,Allahu Akbar!

LONDON-Syekh Anjem Choudari, dan aktivis Muslim Inggeris, pada hari Sabtu lalu, (26/1/2013) telah mengadakan perbincangan dan pembahasan masa depan umat Islam dengan tema Revolusi Islam Mengembalikan Khilafah Islam. Majlis tersebut dimulai sejak jam 5 PM s/d 8 PM. Berikut foto dan video-video hasil acara tersebut.


Dalam majlis perbincangn  tersebut dibahas bagaimana sejarah dan masa depan negeri-negeri Islam yang hidup tanpa adanya Khilafah dan bagaimana sebuah Revolusi Islam dapat menyatukan mereka dari  timur hingga barat dan akhirnya mendominasi dunia.

Video pertama adalah klip bagaimana sebuah Revolusi Islam yang terjadi di beberapa negara-negara Muslim, dimulai dari Turnisia, Mesir, hingga Libya, dan akhirnya Syria, menuju atau mengembalikan Khilafah Islam.

Al-Mustaqbal






Video kedua berisi pembahasan materi berjudul History of The Islamic State atau Sejarah Negara Islam yang disampaikan oleh Syekh Abu Izuddin






Video berikutnya adalah pembahasan materi berjudul Arab Spring The Dawn of New Era, atau Revolusi Islam Kemunculan Era Baru yang disampaikan oleh Ustadz Abu Ibraheem.




Edar Dadah Heroin Berbentuh buah Kurma RM3.2 juta


Edar Dadah Heroin Berbentuh buah Kurma RM3.2 juta



















Edar Dadah Heroin Berbentuh buah Kurma RM3.2 juta

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah didalangi warga Nigeria yang membawa masuk 80.1 kilogram heroin dalam bentuk buah kurma bernilai RM3.2 juta selepas menyerbu dua premis di Lembah Klang pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, susulan rampasan itu polis menahan sebanyak 11 individu terdiri daripada lapan lelaki Nigeria serta seorang lelaki dan dua wanita Mongolia.

Kononnya Gadis Melayu Dimurtadkan Didalam Gereja (Gambar Sebenar)


Kononnya Gadis Melayu Dimurtadkan Didalam Gereja




































Kononnya Gadis Melayu Dimurtadkan Didalam Gereja


Akhirnya kebenaran terbongkar Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar
ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan
disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para kroni tidak bertanggungjawab mentokok tambah dengan
memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu
upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak..

Ada individu memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah
kiri maupun kanan dimana-mana gereja.
 Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.
Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.
Akan lakukan apa saja dengan hasrat hatta isu Agama keperingkat yang boleh menggugat
kestabilan negara dan kenteraman awam semata-mata bertujuan untuk meraih sokongan dalam
PRU 13 nanti

50 Perkara dan Nasihat Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

50 Perkara dan Nasihat Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


























50 Perkara dan Nasihat Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



"Bagi Syed Mokhtar, dia hanyalah penjaga kekayaan yang harus dibelanjakan untuk kebaikan manusia". - dari buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary. Buku yang menarik untuk mengambil inspirasi dari insan berjaya.

Syed Mokhtar Albukhary adalah satu-satunya Melayu antara 10 orang terkaya di Malaysia (beliau di tempat ke-5) dengan asset sebanyak RM9.53 billion

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal

Latar belakang kehidupan Klik= SIni







50 Perkara dan nasihat  Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



- hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim...


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan

LykanHypersport SportCar Arab Pertama RM10.65 juta

LykanHypersport SportCar Arab Pertama  RM10.65 juta









LykanHypersport SportCar Arab Pertama  RM10.65 juta



DOHA, Qatar - Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai 

£2.2 juta 
(RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa 
Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu 
lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.























Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan 
Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer 
sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. Kereta sport Bugatti Veyron 
pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.





















Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna 
Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. - Agensi



Drama Sahara Astro Prima Dikecam Penonton Hina Wanita Berpurdah/Berniqab

Drama Sahara Astro Prima Dikecam Penonton Hina Perempuan Berpurdah/Berniqab

















Drama Sahara Astro Prima Dikecam Penonton Hina Perempuan Berpurdah/Berniqab

Astro Prima dikritik dan dikecam oleh penonton setelah menayangkan drama Sahara di astro kerana didakwa oleh penonton seolah-olah menghina perempuan berniqab atau berpurdah

Ini kerana terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton. Daripada video promo Sahara pun kita boleh menilai sejauh mana tafsiran Islamik yang ingin ditunjukkan oleh pengarah.

Menurut satu komen dari Facebook, Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercakai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula. Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah. Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam. Mohon para pengarah di Malaysia take extra effort sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh.

Kami harap akan ada tindakan susulan dari pihak Astro mengenai kontroversi ini. Pihak pernerbitan juga perlu bertanggungjawab atas penyiaran drama ini.

P/s: 
Drama ini sewajarnya memartabatkan dan membangkitkan lagi kesucian agama islam dan lebih-lebih lagi kepada wanita yang berniqab atau berpurdah..dari drama ini kita boleh lihat sendiri persepsi mereka terhadap kesucian agama itu sendiri,,

jangan hanya menggunakan agama serta kesucian didalam agama islam sebagai topeng untuk mengaut keuntungan semata-mata..





13 Fakta mengenai Jin

13  Fakta mengenai Jin













13 Beberapa Fakta mengenai Jin


Fakta tentang Jin



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


11) Jin tidak boleh menyakiti kita, apalagi membunuh. Kerana mereka tidak mempunyai fizikal seperti manusia. 

Apa buktinya : Anda  pernah bomoh atau kumpulan pemburu hantu memasukkan jin ke  dalam botol?  Dan sebesar apapun jinnya tetap boleh dimasukkan ke dalam botol. ( sesuai dalam ayat suci Al Quran bahawa jin dapat memasuki dan tinggal kedalam aliran darah manusia, dan itu dibenarkan, dengan adanya kerasukan)

12) Jin islam paling susah untuk diusir. Yup, jin pun mempunyai perbezaan agama,.Itu hak mereka tiada siapa yang melarang . 
Kenapaaa? Cubalah sendiri,  baca ayat Al Quran pada orang yang sedang dirasuk, dia lebih hafal lagi, 

13) Suara jin memang pelik dan agak keras, seperti bergelombang. dan tidak lancar.




Terapi Ayat Ruqyah Syariah yang dapat menenangkan minda ,aura dan diri serta menghindarkan jin dari memasuki saluran darah kita..





Download MP3 = Klik Sini

Perangai Staff KFC Malaysia | Kentucky Fried Chicken

Perangai Staff KFC Malaysia | Kentucky Fried Chicken
















Perangai Pekerja KFC Malaysia | Kentucky Fried Chicken


Kentucky Fried Chicken Malaysia Staff with Stupid Behavior


Lagi nak makan ayam KFC kah apabila melihat kejadian ini berlaku di hadapan mata anda..

inilah perangai budak-budak staff KFC yang menganiaya pembeli..


Tapi bukan untuk memaksudkan semua staff KFC berperangai sebegini..

cuma segelintir sahaja segelintir sahaja,,,

Kita yakin staff yang mematuhi etika danmementingkan kebersihan makanan tidak melakukan perkara sedemikian..






Nyanyian Lagu Mengejutkan Penonton


Nyanyian Lagu Mengejutkan Penonton | Bertudung
















Nyanyian Lagu Mengejutkan Penonton | Bertudung



Nyanyian yang mengejutkan penonton, nasihat hijab untuk para wanita. 

Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu. 

Jangan takut dan jangan segan kecantikan itu pasti..


Syria: Tentera Assad Memperkosa Gadis 16 Tahun


Syria: Tentera Assad Memperkosa Gadis 16 Tahun



















Syria: Tentera Assad Memperkosa Gadis 16 Tahun



Tentera-tentera Assad Memperkosa Gadis 16 Tahun, Menyeksa Budak kecil 9 Tahun…

Sebuah video baru saja beredar di YouTube yang menyiarkan pengakuan seorang jururawat kepada Insaan Rights Watch tentang pengalamannya di dalam penjara rejim Basyar al-Assad.

Wajah  jururawat ditutupi dan identitinya tidak disebutkan, namun diberitahukan dalam video itu bahawa si jururawat itu diseksa dengan besi dan setrum. Video itu bertanggal 13 Januari 2013 dan ber-dateline Hama, Syria, tapi diterbitkan pada 14 Januari 2013. Berikut beberapa petikan dari video tersebut:

Si pewawancara bertanya, “Apa peranan Anda dalam revolusi ini sehingga mereka menangkap Anda?”

“Saya seorang jururawat dan kerja saya merawat orang-orang yang luka. Dan saya akan terus lakukan ini dalam revolusi ini sampai rezim ini jatuh. Selama tiga hari mereka memukul dan menyiksa saya. Mereka setrum ( Renjatan Elektrik)  saya.

Ada aknak-kanak yang usianya  baru 9 tahun, bersama-sama saya di dalam penjara. Mereka disiksa hanya karena menulis (slogan-slogan menuntut kemerdekaan) di tembok.

Ada seorang wanita berusia 55 tahun yang juga bersama saya di dalam penjara. Mereka juga menyetrum ( Renjatan Elektrik) dia.

Ada seorang gadis baru 16 tahun. Tentera-tentera itu memperkosa dia,” demikian si jururawat.



P/s: Betapa jahatnya tentera itu.....



Listen! Sharifah Zohra Akan Jelaskan

Listen! Sharifah Zohra Akan Jelaskan
















Listen! Sharifah Zohra Akan Jelaskan


SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar

Rita Rudaini Tak Patah Semangat

Rita Rudaini Tak Patah Semangat

















Rita Rudaini Tak Patah Semangat




Aktres Rita Rudaini berkata dia tidak terjejas atau patah semangat dalam menghadapi konflik rumah tangga yang masih berlanjutan sehingga kini.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, tekanan dan kesulitan menghadapi kes-kes perbicaraan di mahkamah sejak setahun lalu membuatkan dia semakin kuat.

“Saya tidak akan mengalah atau berasa lemah semangat dengan apa yang berlaku. Saya tidak jadikan kesulitan ini sebagai tekanan tetapi cuba melaluinya dengan tenang dan relaks,” katanya kepada mStar Online.

Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak bermula apabila lelaki berusia 26 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Perlis bersama anak-anak.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Ditanya adakah hatinya bersedia untuk menerima lelaki semula sekiranya konflik perkahwinan itu berakhir dengan perceraian, Rita berkata, dia tidak pernah serik jika ditakdirkan bertemu dengan lelaki lain.

“Bukan semua lelaki tidak baik. Pasti ada (lelaki) di luar sana yang bertanggungjawab dan menyayangi sepenuh hati.

“Jika pada masa akan datang ditakdirkan bertemu lelaki lain, orang itu mesti lebih menyayangi anak-anak berbanding diri saya,” katanya yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Sarah untuk TV3. - mStar Online