Listen! Sharifah Zohra Jabeen Perlu Respect Mahasiswa

Listen! Sharifah Zohra Jabeen Perlu Respect Mahasiswa



Listen! Sharifah Zohra Jabeen Perlu Respect Mahasiswa
















GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk “mencuci otak” mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia. Apabila diberitahu beliau digelar sebagai “Ambiga Kecil”, Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

“Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua,” kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.


Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

“Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam,” katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

“Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia,” kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.





0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink