Isteri Minat Aaron Aziz,Suami Lafaz Cerai

Isteri Minat Aaron Aziz,Suami Lafaz Cerai 























Isteri Minat Aaron Aziz,Suami Lafaz Cerai 

Bila duduk di bangku Mahkamah Syariah dan mendengar perbicaraan, macam-macam kes pelik yang kita boleh dengar. Bukanlah nak kata orang bercerai tu pelik, tapi alasan sampai terlafaz cerai tu yang pelik dan kelakar pun ada.

 Ini kisah sedih tapi tapi menjadi sedikit lucu pulak rasanya. Ada seorang pak cik yang ke mahkamah sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana, mungkin memang jodoh sampai situ saja. 

Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: “Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya itu.

 “Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya sudah tak dihargai lagi. 

Terkesima hakim itu mendengar punca sebenar lafaz cerai yang dilafazkan diluar mahkamah itu. Hanya kerana si isteri meminati drama lakonan Aaron. Si suami cemburu sampai melafazkan cerai. 

Agaknya isteri pak cik tu tak pernah terlepas menonton setiap drama lakonan Aaron hingga tak hiraukan suami dia.

 Kuat juga pengaruh drama lakonan Aaron ni sampai ada yang bercerai berai sebab tak hiraukan suami bila asyik menonton seterusnya jadi kes seteruk ini.

 Bukanlah nak persendakan pak cik tu tapi mahu jadikan kisah ini sebagai sebuah kisah dan teladan. Semoga kita tak buat kesilapan sebegitu dalam hidup kita

-Source

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink