Listen! Sharifah Zohra Akan Jelaskan
Listen! Sharifah Zohra Akan Jelaskan
SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.
Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.
Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.
Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar

0 ulasan:
Catat Ulasan