LykanHypersport SportCar Arab Pertama RM10.65 juta
LykanHypersport SportCar Arab Pertama RM10.65 jutaDOHA, Qatar - Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu
lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan
Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer
sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. Kereta sport Bugatti Veyron
pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna
Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. - Agensi
|
0 ulasan:
Catat Ulasan