Home » , , , , , , , , , , » Kereta JPJ Ditebalikkan Dan dibakar selepas Jadi Punca kemalangan Maut Babitkan 10 kenderaan ( 9Gambar Dan 2Video)

Kereta JPJ Ditebalikkan Dan dibakar selepas Jadi Punca kemalangan Maut Babitkan 10 kenderaan ( 9Gambar Dan 2Video)

Kereta JPJ Ditebalikkan Dan dibakar selepas Jadi Punca kemalangan Maut Babitkan 10 kenderaan




Kereta JPJ Ditebalikkan Dan dibakar selepas Jadi Punca kemalangan Maut Babitkan 10 kenderaan



Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.


Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.


Tiada kematian dilaporkan setakat ini.


Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.


Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang


menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.


Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.


Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"


Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.


Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.


Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu.


http://www.malaysiakini.com/news/218707





Menurut saksi tempat kejadian Kemalangan ini berhampiran dengan kawasan sekolah .
JPJ yang sedang cuba  BLOCK lori yg membawa lebihan muatan ketika LAMPU
 ISYARAT SEDANG HIJAU dan  kereta laju kejar lampu ISYARAT 
seterusnya berlakulah perlanggaran antara 10 buah kenderaan terbabit,,!!!

buat masa sekarang 5 org telah dilaporkan Maut,




JPJ MENYEBABKAN KEMALANGAN MAUT




























Azizulhakim: Marah Betul Penduduk setempat Ayer Tawar berkaitan Kemalangan ini,

Tu lah,,lain kali Tunggu berada di tempat selamat baru boleh block Orang,,

Bukan dikawasan yang sibuk dengan budak keluar sekolah dan betul-betul di kawasan persimpangan..Nahas pula yang berlaku,,


1 ulasan:

juli berkata...

Kesian budak2 sekolah mesti tekejut..manalah bas nak cari duit cover kerosakkan tu :(

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink