Home » , , , , , » Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz Dan Pendakwah

Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz Dan Pendakwah




Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..

Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook



Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.






Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga



Latarbelakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: 


Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.



JOm Lawati UAI( Ustazazhar,net


Antara koleksi hikmah dari fanpage facebook ustaz Azhar Idrus.

~

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bila jahil..Tuhan pun dia pakat lawan...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) nasihat itu spt ubat..ramai yg mahu sembuh tapi tak suka makan ubat..

~
..apakah sindiran yg dibenarkan dalam islam?..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sindir harus dgn syarat tak menyakitkan hati atau perbalahan..kena pandai guna ayat utk menyindir..kdg2 bermunafaat spt sindir utk mencegah kemungkaran atau menyuruh maa'ruf.

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) pakat tegur menegur membawa berkat..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sombong heret ke neraka, rendah diri bawa ke syurga, ingat selalu hak tu...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) nak kenal Allah.. kenal quran, kenal Allah..
..{sentiasa} dalam keadaan rendah diri dan terasa org lain lbh tahu, baru kenal Allah..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) jgn takut, jika kita berada dijalan yg benar, insyaAllah keselamatan dan kebaikan datang drpd Allah...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) mati bukannya jauh sangat pun dari kita..hanya sedikit umur yg masih ada inilah kita guna utk bantu agama Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kalau kenal {kenal diri} sungguh, kita pasti akan kasih kpd Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) lupakan kesedihan yg trjdi hari ini..ingat kebaikkan yg ada dihari esok..insyaAllah (hilanglah) nanti (kesedihan)..langit tdk selalu mendung..

~
..Mencari Iman lebih daripada Penting Beribadat?..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) betul jika sebelum beriman.. bila sudah beriman, beribadahlah utk mantapkan iman..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kita pakat jd hamba Allah belaka..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) haram nganjim(persenda) bila dgr cakap2 berhubung agama atau akhirat..jika ada niat mempersendakan agama, jd murtad...

~
~Ustaz Azhar Idrus ( Original ) jika ada niat pd gurauan tersebut meringan2kan atau mempersenda2kan hukum agama.. jadi kafir..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original )
sebut yg datang dari bukan Islam, melayu suka sokmo.. yg dak suka; apa yg Nabi bawa..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu
sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya
mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu
orang-orang yahudi dan Nasrani? Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan
mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sifat suka jika org puji tak salah, sbb ia adalah fitrah manusia..yg salah ialah tak suka kalau tak dipuji..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak salah memuji makhluk..hakikat puji itu milik Allah..sbb itu Nabi saw perintahkan org yg kena puji kata Alhamdulillah..pd hadith ini Nabi saw tak salahkan org yg memuji dan yg kena puji cuma Nabi saw ingatkan bahwa yg sebenarnya memiliki kepujian ialah Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tidak ada kesedihan yg menimpa seorang mukmin melainkan akan menyusul kebahgiaan selepas kesedihan itu..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kegagalan adalah satu pelajaran mengenal Allah..Allah sahaja yg tak pernah gagal..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tima kasih..teruskan perjuangan hancurkan kebatilan..

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink