Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati-Nya.
Sesungguhnya Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai panduan buat umat Islam sehingga kiamat. Panduannya amat lengkap daripada A-Z, meliputi segenap aspek : keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.
Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.
Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71
Untuk secara detail sila klik di sini
Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21
Untuk secara detail sila klik di sin
Kesimpulan
Apa yang perlu diutamakan dan diberi perhatian adalah intipati daripada ayat-ayat tersebut, hukum-hakam berkaitan emas dan perak seperti jual belinya perlu tunai tidak boleh berhutang (riba), serahannya perlu tunai, tidak boleh diposkan dan sebagainya.
Sebagai umat Islam, kita perlulah mendahulukan hukum Syariah dalam segala perbuatan kita, kehidupan kita, perniagaan kita dan sebagainya. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu, pastikan betul-betul bahawa tindakan atau perbuatan kita itu dibenarkan oleh Syara'. Caranya bukannya sukar iaitu carilah alim ulama disekitar kita dan tanyakan mereka tentang sesuatu hukum yang berkaitan. Sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi setelah ketiadaan Rasulullah yang amat kita sayangi....
Sumber-Dinar emas
Antara kegunaan dinar emas dalam kehidupan dan amalan islam adalah
Kelebihan Dinar Emas :
- Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
- Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :
1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.
3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.
5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.
Dinar emas Sebagai Mahar Mas-kahwin Lebih menguntungkan bagi pengantin perempuan
1. Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Emas tidak menjamin anda menjadi kaya tapi menjamin anda tidak miskin. Ia sememangnya menguntungkan penyimpan atau pelabur emas. Tempoh masa untuk simpanan atau pelaburan emas disarankan 1 tahun dan ke atas. Dalam masa 1 tahun ini, kita akan nampak perbezaan harga turun dan naik. Dibawah adalah sejarah harga emas dalam masa 1 tahun.
2. Konsep Beli Sekarang
Jika anda masih ragu-ragu dengan emas, banyakkan membaca, tanya orang lain tentang emas, dan gunakan konsep ini. Beli sekarang dan tunggu bukan tunggu masa yang sesuai untuk beli, kerana harga emas hari ini tidak sama dengan harga emas esok, mungkin naik dan mungkin turun tetapi emas akan sentiasa naik harganya.
3. Harga Sentiasa Turun dan Naik
Emas ialah antara barangan komoditi yang sentiasa harganya turun dan naik, bila anda menkaji graf harga emas, sudah pasti terdapat penurunan dan kenaikan harga, antara faktor penurunan harga emas ialah kekukuhan matawang U.S, dan antara kenaikan harga emas ialah kejatuhan matawang U.S, krisis ekonomi dunia, perperangan, bencana dunia dll.
4. Pelaburan Emas Bukan Pendapatan Tetap
Simpanan atau pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap anda setiap bulan, sekiranya anda mahu menjana pendapatan daripada emas, perniagaan emas ialah jawapannya.
Mungkin beberapa penerangan diatas membantu anda untuk menceburi bidang simpanan atau pelaburan emas, seterusnya terserah kepada anda untuk membuat pilihan. Mulakan simpanan emas anda dengan 1 dinar emas dan mungkin dengan melihat kilauan 1 dinar ini anda akan bersemangat untuk menambah ilmu tentang emas. Sekian, Wassalam
untuk mendalami mengenai dinar emas dengan lebih lanjut,,mari kita lihat video ini
AZIZULHAKIM: Kepada Para Pelajar universiti dan anak-anak muda,marilah menukar hobi anda,,dari anda membeli pakaian,perhiasan,Helmet,aksesori kereta dan motor beratus dan ribuan ringgit,jom bertukar kepada hobi mengumpul syiling dinar dan dirham,,kerana ia sebagai insuran bagi kita untuk masa hadapan..tukarlah not-note kertas kepada dinar dan dirham,,kerana mungkin note kertas itu boleh menjadi hanya sekeping tisu untuk mengelap air mata saja..kumpul wang kertas beli dinar emas
0 ulasan:
Catat Ulasan