Drama Adam Dan Hawa Bakal Di Filemkan

Drama Adam Dan Hawa Bakal Di Filemkan

















Drama Adam Dan Hawa Bakal Di Filemkan



 Drama bersiri yang mencetuskan fenomena iaitu Adam & Hawa dijangka diterbitkan dalam versi filem tidak lama lagi.
Penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, perancangan untuk memfilemkan karya itu timbul berdasarkan penerimaan luar biasa penonton terhadap drama 80 episod itu.
"Doa-doakanlah agar Adam & Hawa mempunyai sekuel (filem) yang menjadi satu lagi fenomena selepas Ombak Rindu.
"Insya-Allah, ia ada dalam perancangan kami," katanya pada sidang media tayangan episod terakhir drama itu di GSC Gardens Mall di sini, petang Khamis.
Turut hadir adalah pengarah drama itu, Mohd Feroz Kader, penulis novel asal Aisha Sofea, Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani, Pengurus Saluran Mustika HD Natasha Razman Hashim serta para pelakon terlibat.
Bagaimanapun, ujar Zaiton, perancangan itu masih terlalu awal untuk didedahkan secara terperinci.

Tunggulah nanti. Memang kita sudah rancang tetapi masih awal lagi untuk cerita lanjut."Apa-apa pun, drama ini mendapat sambutan hebat kerana sokongan para pelakon dan skrip serta cerita yang baik," katanya.
Dalam pada itu, Nizam mengakui populariti drama bersiri tersebut merupakan salah satu sebab yang melonjakkan langganan pakej Mustika bagi stesen televisyen berbayar itu.
"Kita ada banyak produk (program) yang menjadi faktor peningkatan langganan saluran premium (pakej Mustika) ini.
"Tidak dinafikan Adam & Hawa memainkan peranan penting kepada peningkatan itu," katanya.
Dibintangi antaranya Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin dan Anzalna Nasir, drama yang mula ditayangkan pada 27 Ogos tahun lalu itu berakhir pada Khamis.
Ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam selama 30 minit di Astro Mustika HD (saluran 134).

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink