Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori- Al Fatihah (gambar)

Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori- Al Fatihah 



Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori- Al Fatihah 

SEORANG pelumba basikal pasukan Terengganu, Mohd Shafik Imran Shahri,15, (gambar kecil) maut digilis lori selepas dipercayai mengelak lubang di atas jambatan di Kampung Guntung, Tepuh, Kuala Terengganu, hari ini. pada jam 9.30 pagi tadi. Al-Fatihah
Mangsa, Mohd Syafiq Imran Shahril, 15, dikatakan gagal mengawal basikalnya selepas cuba mengelak rakannya yang terjatuh sebelum dirempuh lori terbabit dari arah bertentangan.
Ketika kejadian, arwah bersama 44 rakan sepelatih sedang berkayuh ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian daripada latihan untuk menghadapi sebuah kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.
Rakan sepelatih mangsa, Che Ku Mohd Nazimie Che Ku Romli, 19, berkata kejadian berlaku apabila salah seorang pelumba di hadapan terlanggar lubang sebelum dia yang mengekori di belakang tidak sempat mengelak.


Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Arwah yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar saya tetapi hilang kawalan dan terjatuh dari basikalnya di tengah jalan.
“Saya sempat bangun tetapi arwah gagal dan dia dirempuh sebuah lori treler yang datang dari arah bertentangan serta diseret sejauh 1.5 meter.
“Ketika itu, arwah masih bernyawa sambil merintih kesakitan dan memanggil nama ibu bapanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sebentar tadi.
Menurutnya, arwah kemudian dikejarkan ke HSNZ dengan ambulan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia beberapa minit selepas tiba di hospital itu

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink