PSY Jutawan You Tube Dan Bekas Banduan Kes Dadah


PSY Jutawan You Tube Dan Bekas Banduan Kes Dadah   

                                                                                                       

















PSY Jutawan You Tube Dan Bekas Banduan Kes Dadah


SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.
Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.
Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.

Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).
PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube.

Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010.
Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.

Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang muncul di video YouTube.

PSY dan YG Entertainment juga mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit - atau mengekalkannya di laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000 video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube

Memandangkan Psy sudah disifatkan sebagai ikon muzik baru dari Korea Selatan, pelbagai kisah silam beliau muncul dan dilaporkan pihak media di seluruh negara. Terbaru, Psy yang sudah pun berumahtangga dikhabarkan adalah seorang banduan dan pernah dipenjarakan dalam tempoh yang lama atas tuduhan menghisap dadah.

Pun begitu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja kerana beliau dikatakan tidak mengetahui rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.

Sementara menunggu tempoh dibebaskan dari penjara, Psy telah menggunakan masa tersebut dengan mencipta pelbagai lagu. Malah, sebaik saja dibebaskan dari penjara, Psy yang datang dari keluarga berduit terus mengatur strategi untuk bergelar bintang ternama.
Walaupun dia pernah ditolak beberap kali oleh pihak rakaman dari Korea Selatan kerana imejnya sebagai bekas banduan, Psy tidak mengalah dan berjaya membuktikan bahawa dia layak bergelar bintang.

Apapun, sebaik saja Psy memenangi anugerah di M-Net Asean Music Awards (MAMA), baru-baru ini, Psy telah mengeluarkan hasrat untuk melihat Barack Obama menari Gangnam Style.
Adakah Barrack Obama bakal merealisasikan impian Psy? Tunggu dan lihat sajalah


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink