Home » , , , , » 6 Orang Perisik Israel Ditembak Mati Dan Mayat Diseret Diatas Jalan

6 Orang Perisik Israel Ditembak Mati Dan Mayat Diseret Diatas Jalan



 Mayat Perisik Israel Diseret Diatas Jalan























Gaza - Enam orang pemuda bertopeng ditembak mati di depan orang awam di perempatan B
andar Gaza hari Selasa 20/11 semalam. Para saksi mengatakan keenam orang yang dihukum mati di depan warga tersebut adalah mata-mata yang bekerja untuk Israel.

Seperti dilaporkan Associated Press (AP), kerumunan besar masyarakat mengerumuni keenam jenazah yang berlumuran darah itu setelah mereka ditembak mati.

Beberapa masyarakat menendang dan meludah mayat para informan Israel tersebut. Keenam mayat itu kemudia


n diikat pada sebuah basikal motor dan diseret melewati jalanan Gaza, sementara warga Gaza meneriaki "Mata-mata!, Mata-mata!".

Sayap tentera HAMAS Izzudin Al Qassam mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan mati enam orang yang mereka tuding mata-mata itu. HAMAS menyatakan keenam orang itu dibunuh kerana memberikan maklumat kepada Israel tentang lokasi roket-roket dan lokasi para pejuang HAMAS.

Hukuman mati terhadap enam mata-mata Israel ini dilakukan HAMAS disaat serangan Zionis terhadap wilayah Gaza terus dilakukan.

Keenam orang itu ditembak mati pada Selasa petang semalam di perempatan jalan di persekitaran Sheikh Radwan Kota Gaza.

Saksi mengatakan, sebuah kereta jenis minibus berhenti di suatu tempat, kemudian empat lelaki bertopeng mendorong enam orang mata-mata keluar dari kereta. Salim Mahmud 18 (saksi) mengatakan kepada AP, para lelaki bertopeng mengarahkan enam mata-mata itu meniarap di tengah jalan, dan kemudian mereka ditembak mati.

Menurut warga Gaza, seharusnya keenam mata-mata itu dibunuh dengan cara yang lebih keji daripada hanya ditembak mati saja. "Mereka seharusnya dibunuh dengan lebih kejam, sehingga yang lain tidak berfikir untuk berani bekerja untuk penjajah (Israel)."

Salah satu mayat diseret dengan motosikal melewati jalan-jalan menuju ke sebuah rumah mangsa serangan Israel yang sedang bersedih.












Gaza: Hamas loyalists drag the street the corpse of an alleged collaborator of Israel, just been shot along with 6 other people (Weiken \ EPA)








Teringatkan kisah Saidina Ali ra yang membatalkan hasrat untuk membunuh seorang musuh yang meludahnya kerana bimbang musuh itu akan dibunuhnya bukanlah kerana Allah tetapi kerana nafsunya. Islam tidak menuntut agar kita meniru dan melakukan kezaliman yang sama seperti musuh/kafir

Akan tetapi bila terkenangkan penduduk gaza kembali, Betapa sedihnya mereka,Ini Dapat menggambarkan Bertapa dendamnya mereka kepada Zionist

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink