Terkini Gaza: Israel Cabul Perjanjian Genjatan Senjata Gaza
pemuda palestin berlari ketika diserang tentera zionist di sempadan gaza
Israel Cabul Perjanjian Genjatan Senjata Gaza
Israel Langgar Perjanjian Genjatan Senjata Gaza
BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan.
Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu.
Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas.
Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu.
Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza.
"Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu," kata seorang saudara lelaki tersebut. - Agensi
Metro
Anwar Qudai, 20 tahun yang terbunuh dalam peristiwa pagi tadi akibat tembakan oleh tentera zionis israel di sempadan Gaza - israel di Khan Younis ...
Israel l
Israel l
anggar perjanjian genjatan senjata...apa yg nak dihairankan, dalam sejarah dah membuktikan mereka ni mmg golongan xpegang janji, malah bunuh Nabi2 mereka sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan